Bantu anak fobia nombor, guru dari Sandakan asaskan Numi, latih pendidik seluruh Asia Tenggara


  • Bisnes
  • Jumaat, 15 Ogos 2025

Program Numi yang diasaskan oleh Fu bertujuan meningkatkan celik huruf dan numerasi dalam kalangan murid tahun awal sekolah rendah.

BAGI Dr Fu Sai Hoe, matematik bukan sekadar subjek tetapi sebuah misi kemanusiaan.

Dilahirkan dan dibesarkan di Sandakan, bakat semula jadi Fu terhadap nombor sudah terserlah sejak kecil.

Dari sekolah rendah hinggalah ke peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), beliau meraih keputusan cemerlang dalam setiap kertas Matematik. 

BACA LAGI: Guna pendekatan lestari cipta baja organik, pelajar INTI International College Penang ingin bergelar 'lady boss' Nutriloop

BACA LAGI: [VIDEO] Harga emas dijangka naik 10 peratus menjelang September, pakar cadang beli gold bar berbanding emas perhiasan

Dr Fu Sai Hoe (standing) monitors teachers using the materials for teaching Mathematics which was developed by him a team of dedicated Malaysian Mathematicians.

Program Numi bertujuan meningkatkan celik huruf dan numerasi dalam kalangan murid tahun awal sekolah rendah. 

Namun, ada sepotong ayat daripada pensyarah zaman universitinya yang telah mengubah haluan hidup Fu selama-lamanya.

“Ajar anak-anak bagaimana untuk menjalani kehidupan yang baik,” kata Dr Ng Pei Fern ketika Fu mengikuti pengajian Sarjana Muda Pendidikan Matematik.

Kata-kata itu menjadi pegangan kepada perjuangan hidup lelaki berusia 40 tahun itu pada hari ini.

Kini, beliau bukan sahaja pakar serantau dalam pendidikan Matematik bahkan memiliki kepakaran disleksia numerik (dyscalculia) iaitu sejenis kesukaran pembelajaran yang boleh memberi kesan besar terhadap kefahaman kanak-kanak terhadap nombor.

Beliau juga merupakan pengasas kepada Numi (Numeracy Intervention), sebuah program yang memberi latihan kepada para guru di seluruh Asia Tenggara.

Program tersebut bertujuan mengenal pasti dan membantu murid yang menghadapi cabaran numerasi, khususnya dalam kalangan kanak-kanak berusia tujuh hingga sembilan tahun.

“Matematik bukan semata-mata tentang persamaan. Ia sebaliknya membekalkan kanak-kanak dengan kemahiran berfikir, membuat keputusan dan berdikari,” kata Fu.

Kerjaya Fu bermula di Institut Pendidikan Guru Temenggong Ibrahim di Johor, melalui kerjasama dengan University of Hertfordshire, United Kingdom.

Mathematician Dr Fu Sai Hoe (seated third left) posed for the camera during one of his Maths masterclasses with teachers.

Fu (duduk, tengah) bekerjasama dengan ramai pendidik di seluruh Malaysia dan rantau ini.

Penempatan pertamanya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiaw Nan, Sarawak pula bertepatan dengan pelancaran program saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) di seluruh negara.

Program berkenaan bertujuan meningkatkan celik huruf dan numerasi dalam kalangan murid tahun awal sekolah rendah.

Bermula di situ, dia mula menyedari sesuatu yang agak merisaukan.

“Murid dalam kelas sama mempunyai keperluan pembelajaran yang sangat berbeza, tetapi semuanya diajar dengan cara yang sama. Ada jurang dan saya mahu merapatkannya,” katanya.

Sejak itu, Fu menumpukan seluruh kerjayanya untuk menangani jurang tersebut. 

Baginya, matematik bukan sahaja menghafal formula, tetapi belajar bagaimana untuk berfikir.

Fu memperjuangkan kaedah pengajaran yang melangkaui hafalan semata-mata. 

Pendekatannya berasaskan kepada perwakilan mental iaitu keupayaan untuk membayangkan nombor dan hubungannya serta penaakulan, asas kepada pemikiran logik.

“Kemahiran ini kekal lama selepas zaman sekolah. Kita bukan ajar matematik untuk lahirkan kalkulator. Kita ajar untuk lahirkan pemikir,” katanya.

Fu membuktikan dengan intervensi yang betul, murid yang paling lemah sekali pun boleh menguasai asas numerasi.

Sebagai penyelidik dan jurulatih utama, Fu bekerjasama dengan ramai pendidik di seluruh Malaysia dan rantau ini.

Penyelidikan ijazah kedoktoran beliau di Sandakan membuktikan bahawa dengan intervensi yang betul, murid yang paling lemah sekali pun boleh menguasai asas numerasi.

Namun, perlu diakui bahawa kerja itu bukan mudah.

“Dengan kanak-kanak, ia melibatkan pemahaman tentang bagaimana otak mereka berkembang. Dengan guru pula, ia berkaitan dengan sikap.

"Kedua-duanya memerlukan empati, kesabaran dan kesediaan untuk belajar," katanya.

Bagi Fu, matematik akan sentiasa lebih daripada sekadar nombor.

“Ia adalah satu perjalanan yang bermula dengan pemahaman dan berakhir dengan tujuan," ujarnya. The Star / SANDRA SOKIAL 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram