
USAI dikhabarkan hamil sekitar bulan lalu, personaliti dan usahawan popular, Nina Ismail Sabri sah bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Perkara itu dikongsikan menerusi sebuah acara gender reveal tertutup yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat pada Isnin.
Bertemakan warna kuning dan hiasan berkonsep serangga lebah, pengumuman itu dibuat menerusi anak pertamanya, Jeanelle Nika Mandagie yang mencabut pelekat tertulis boy pada majlis tersebut.
BACA LAGI: 'Aku tak mahu mimpi ini berakhir', arwah abang Uyaina muncul berbaju Melayu putih imamkan solat
BACA LAGI: Nina sambut ‘babymoon’ di Pulau Maldives, teruja menanti kelahiran cahaya mata ke-2
Disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh para tetamu, rata-rata berkongsi hal itu di laman sosial dengan ucapan tahniah atas kurniaan Nina dan suami bakal menerima zuriat lelaki kelak.
Ia sekali gus menyaksikan Nina bakal mempunyai sepasang anak yang mana Jeanelle Nika merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu bersama pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie.
Disambut dengan sorakan gemuruh, rata-rata berkongsi hal itu di laman sosial dengan ucapan tahniah Nina dan suami bakal menerima zuriat lelaki kelak.
Latar belakang
Nina merupakan anak perempuan tinggal daripada empat beradik dalam keluarga Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob dan Datin Sri Muhaini Zainal Abidin.
Dibesarkan dalam persekitaran elit dan penuh disiplin, adiknya, Gadaffi Ismail Sabri atau lebih dikenali sebagai Dafi merupakan penyanyi popular yang pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia.
Bapanya Ismail Sabri merupakan tokoh politik tersohor negara yang pernah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 (2021-2022), selain pernah menjadi Menteri Pertahanan dan Menteri Pertanian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram