
SELEPAS merentasi ikatan perkahwinan selama lebih tiga dekad, penyanyi ikonik Indonesia, Melly Goeslaw dan Anto Hoed menjadi buah mulut warga maya menerusi penampilannya dalam majlis resepsi serba mewah dan membias aura glamor diadakan baru-baru ini.
Figura berpengaruh itu benar-benar mencuri tumpuan apabila dihiasi busana rekaan pereka popular Adi Rustana, lengkap dengan solekan dan gaya cukup menawan.
Ini termasuklah sulaman motif burung menghiasi 'train' pada kebaya pengantin Sunda digayakan Melly.
BACA LAGI: Lakonan bukan lagi keutamaan, Bella Dally teroka dunia fesyen melalui jenama pakaian Weardallydaily
Sementara itu, aksesori unik menghiasi penampilannya adalah hasil karya pereka eksklusif Rinaldy Yunardi, menjadikan keseluruhan gaya pelantun lagu Ketika Cinta Bertasbih itu tampak moden dan penuh personaliti.
Paling penting, hijab anggun digayakan Mayra Riarty memberikan sentuhan sofistikasi selari tema majlis yang mengangkat warna putih sebagai penyeri momen bermakna itu.
Memastikan setiap inci suasana majlis dirancang rapi, Alvera Wedding dan Kelana Bersamamu.WO berjaya menambahkan lagi elemen romantis resepsi perkahwinan dua merpati sejoli tersebut.
Melly kelihatan anggun pada majlis resepsi perkahwinan sempena tiga dekad usia pernikahan bersama Anto Hoed.
Sebagai ikon muzik yang sering dikenali dengan gaya eksentrik dan kreatif, penampilan Melly pada majlis kali ini bukan sahaja menonjol, tetapi juga menjadi simbol perjalanan peribadi dan karier profesionalnya sejak 1995.
Pada masa sama, majlis berlangsung dengan meriah itu menjadi simbol cinta yang kekal utuh sejak disatukan pada 1995.
Pasangan tersebut memilih untuk meraikan momen bersejarah itu dengan dihadiri keluarga, kenalan rapat dan rakan industri seni.
Bukan hanya Melly, Anto Hoed turut tampil segak dengan busana serasi, sekali gus menjadi perhatian lensa kamera sepanjang majlis itu berlangsung yang kemudiannya meraih perkongsian ramai di laman sosial.
Tidak sekadar meraikan cinta yang berkekalan, majlis berkenaan juga memperlihatkan bagaimana fesyen dan imej mampu berkembang bukan sahaja menerusi muzik, tetapi melalui gaya serta penampilan kedua-dua figura disegani itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram