Lakonan bukan lagi keutamaan, Bella Dally teroka dunia fesyen melalui jenama pakaian Weardallydaily


  • Sukses
  • Sabtu, 09 Ogos 2025

Bella Dally mahu menumpukan perhatian penuh terhadap jenama fesyennya sendiri iaitu Weardallydaily.

PELAKON terkenal, Bella Dally atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 33, mengakui semakin selektif menerima tawaran berlakon kerana mahu mengembangkan perniagaan fesyen miliknya, Weardallydaily.

Menurutnya, karier lakonan memerlukan masa dan komitmen yang tinggi, sesuatu yang kini ingin diimbangi dengan kehidupan peribadi serta kerjaya yang lebih fleksibel.

"Saya berhenti berlakon apabila saya menyedari ia 'memerlukan' diri saya terlalu banyak.

"Saya mahu meneroka sesuatu yang lebih berasas, hari ini, saya mencurahkan kreativiti saya kepada jenama fesyen sendiri dengan niat, tujuan yang bermakna," ujarnya di Instagram.

BACA LAGI: 'Nak ikut kayuh ke London', pasangan suami isteri laksana impian kembara berbasikal lepas sedekad usia perkahwinan

BACA LAGI: [VIDEO] Penumpang wanita enggan terima baki lepas berkongsi e-hailing dengan nenek susah jual tisu tepi jalan

 

 

 

Weardallydaily yang diasaskan Bella mengetengahkan konsep modest collection, satu rekaan moden yang selesa, sopan dan sesuai digayakan dalam pelbagai acara.

Koleksi itu menampilkan potongan minimalis, fabrik berkualiti dan gaya serba ringkas namun tetap elegan, menjadikannya pilihan wanita yang menitikberatkan keselesaan dan penampilan.

Sejak berhijab, Bella menolak banyak tawaran berlakon yang bertentangan dengan syariah seperti adegan sentuhan bukan mahram selain turut mengutamakan skrip yang memaparkan kekuatan wanita.

Prinsip tersebut turut diterapkan dalam jenama fesyennya, yang disifatkan sebagai simbol keyakinan dan keanggunan wanita berdaya.

Tidak sekadar punca pendapatan, bidang perniagaan diceburi juga berperanan sebagai ruang berkarya tanpa mengorbankan masa bersama keluarga dengan sokongan suami dan orang sekelilingnya dilihat menjadi pendorong untuk terus berkembang dalam karier baharunya itu.

Langkahnya dalam mengutamakan perniagaan fesyen melalui Weardallydaily membuktikan bahawa kejayaan tidak hanya terhad kepada pentas lakonan.

Dengan visi yang jelas, wanita asal Kota Kinabalu, Sabah itu kini membina jenama yang bukan sahaja relevan dalam industri fesyen, tetapi juga selari dengan nilai peribadinya sebagai wanita moden yang berprinsip. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram