
PERKAHWINAN antara seorang warga emas berusia 73 tahun dan wanita berumur 27 tahun di daerah Taba Penanjung, Bengkulu, Indonesia menarik perhatian masyarakat apabila jarak perkenalan hingga akad nikah hanya mengambil masa sebulan.
Pasangan tersebut, Sai’un dan Bunga Fitri disatukan selepas diperkenalkan oleh anak saudara Sai’un yang mengetahui hasrat Fitri untuk berumah tangga.
BACA LAGI: Kahwin sebelum umur 25 bukan beban, 5 'trick' kumpul duit, tak perlu berhutang, harap tajaan
BACA LAGI: Ramai anak muda ingin kahwin tapi terhalang faktor kos sara hidup, kerja tak stabil — Nancy
“Kali pertama kami bertemu di rumah anak saudara, kami serta-merta mendapat perasaan yang serasi.
"Dua minggu kemudian, datuk yakin dia adalah jodoh datuk,” kata Sai’un, memetik laporan berita tempatan.
Fitri menerima lamaran tersebut kerana menganggap Sai’un seorang yang bertanggungjawab dan berwibawa.
Mengulas mengenai kehidupan selepas berkahwin, Sai’un berkata, mereka akan menetap di rumahnya di Kampung Jambu.
“Kalau saya ke kebun, Fitri akan teman. Begitu juga di rumah, saya perlukan pasangan hidup kerana anak-anak sudah berkeluarga dan tinggal berasingan,” ujarnya.
Walaupun menerima pelbagai kritikan mengenai perbezaan usia yang besar, Sai’un menegaskan, beliau langsung tidak terkesan dengan pandangan orang luar.
“Ini namanya jodoh, tiada siapa yang tahu. Kalau serasi, umur bukan penghalang.
"Yang penting kami berdua gembira dan tiada siapa yang akan kecewa,” katanya.
Untuk rekod, berdasarkan undang-undang perkahwinan di Indonesia, tiada sebarang pelanggaran dalam ikatan perkahwinan pasangan berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram