
KEMESRAAN penyanyi, Yazmin Aziz dengan kekasih hatinya, Simon Joseph Javier di media sosial semakin mencuri perhatian ramai.
Yazmin atau nama sebenar Yazmin Aldwin Abdul Aziz, 24, mendedahkan dia kini lebih bahagia dengan pasangannya meskipun terpaksa menjalinkan hubungan jarak jauh (LDR).
Katanya, menjalinkan hubungan dengan lelaki luar negara bukanlah sesuatu yang terlalu mencabar buatnya.
BACA LAGI: Ibu wajar ajar anak gadis catit tarikh haid, guna aplikasi mudah pantau jika PMS
BACA LAGI: Tidak mahu sia-siakan 22 tahun perkahwinan, Edika Yusof kini mahu fokus jaga isteri, urus bisnes
Yazmin dikhabarkan menjalinkan hubungan dengan Simon sejak awal Julai lalu.
"Sebagai orang Malaysia yang tinggal di Malaysia, sebenarnya Yazmin dah terbiasa dengan LDR, panggilan video untuk berkomunikasi sepanjang masa.
"Saya rasa LDR ini berkesan sahaja kalau kedua-dua pasangan suka berkomunikasi setiap masa.
"Yang penting kita saling beritahu tentang kehidupan seharian masing-masing," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025 pada Selasa.
Katanya lagi, perbezaan budaya antara Malaysia dan negara asal pasangannya di Filipina, Yazmin mengakui ia tidak memberi kejutan budaya yang besar baginya.
Menurut Yazmin yang juga mempunyai darah kacukan Filipina, kedua-dua negara itu sebenarnya mempunyai banyak persamaan berbanding perbezaan.
"Saya rasa satu-satunya perbezaan adalah musim perayaan.
"Setakat ini Simon belum lagi rasa sambut hari raya di sini dan saya sangat teruja untuk dia nanti," jelasnya.
Mengulas lanjut tentang reaksi dan penerimaan warga maya terhadap video-video dimuat naiknya di media sosial, Yazmin tidak menafikan tidak terlepas daripada persepsi negatif yang dilemparkan.
"Saya hanya teruskan dengan hidup saya seperti biasa.
"Pasangan saya pun tak suka baca komen, dia seorang lelaki yang sangat ceria dan sentiasa lakukan apa yang buatkan dia gembira," ulasnya.
Yazmin pada masa sama enggan mengulas lebih lanjut tentang status pasangannya yang merupakan duda anak satu.
Ketika ditanya persiapannya sekiranya hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin, Yazmin hanya berkata bahawa belum mampu untuk berkongsi lebih lanjut.
"Buat masa sekarang, saya rasa lebih baik ia jadi privasi kami," ujarnya.
Sementara itu, Simon merupakan warga Filipina beragama Kristian dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Sapphire Love Javier berusia dua tahun. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram