[VIDEO] Diana Danielle pilih ‘pause’, penat buat diri tenggelam dalam kesibukan, jejas kulit wajah


  • Gaya
  • Rabu, 06 Ogos 2025

Meski sering tampil cantik di khalayak, Diana mengakui penjagaan wajah bukan hal remeh baginya.

DALAM dunia yang tak pernah berhenti bergerak, pelakon Diana Danielle, berpegang pada satu hal. Manusia perlu tahu bila masanya untuk berhenti sejenak.

Diana, 34, bukan bercakap kosong. Sebagai pelakon, penyanyi, pengacara serta ibu kepada Muhammad,12, dan Nur Aurora, 10, masanya bukan sedikit dicuri oleh rutin harian. 

Justeru, beliau menekankan pentingnya mengambil masa berehat seketika dan menilai semula perkara yang benar-benar mustahak dalam kehidupan.

BACA LAGI: Diana Danielle dedah pernah dikatakan anak angkat, sehingga hari ini tak boleh lupa

BACA LAGI: Konflik rumah tangga berakhir, Farid Kamil, Diana Danielle bercerai kali ke-2

"Kita bukan hanya nak kejar kerja atau prestasi semata-mata. 

"Dalam hidup ini kalau tak reti untuk pause, kita akan tenggelam dengan kesibukan harian sampai tak boleh nak kekalkan momentum,” katanya kepada Majoriti.

Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson berkata, jika tiada rehat dalam hidup, sukar untuk individu menyeimbangkan kesihatan mental dan fizikal.

Malah menurutnya, rutin harian yang padat tanpa rehat mencukupi boleh membawa implikasi buruk terhadap prestasi diri.

"Akhirnya kita boleh burnout (lesu upaya) sampai jatuh sakit," ujarnya yang dilahirkan di Texas, Amerika Syarikat (AS) dan membesar di Malaysia.

Diana bersama anaknya, Muhammad (kiri) dan Nur Aurora.

Penjagaan kulit

Sering tampil cantik di khalayak, Diana mengakui penjagaan wajah bukan hal remeh baginya.

“Penjagaan wajah ini agak sukar sebenarnya ditambah dengan kerja tak tentu masa, hormon wanita kejap okey, kejap tidak. Produk penjagaan kulit pula adakalanya tak sesuai,” katanya.

Kongsinya, untuk mengekalkan kulit yang sihat, beliau perlukan penjagaan rapi dari rawatan muka secara berkala hinggalah ke disiplin minum air dan tidur cukup.

“Kalau tak pakai mekap pun tak apa, tapi sebab kerja, jadi saya kena utamakanlah kebersihan kulit,” luahnya. 

Sebagai penggemar kopi, pelantun lagu Raja Dusta itu tetap berusaha untuk mengimbangi pengambilan air kosong agar kulit tidak ‘merajuk’.

“Kadang-kadang lupa minum air sebab sibuk tapi saya cuba ingat untuk minum banyak air,” ungkapnya. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram