
KONFLIK rumah tangga dihadapi pasangan pelakon sensasi, Farid Kamil, 43, dan Diana Danielle, 33, berakhir apabila sah bercerai talak satu buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Kuala Lumpur pada Isnin.
Lafaz cerai dilakukan Farid di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin selepas masing-masing bersetuju untuk bercerai secara baik, lapor Buletin TV3.
Untuk rekod, pada 10 Ogos 2023, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.
Diana (kiri) dan Farid pernah kembali merujuk selepas 21 hari berpisah.
Bagaimanapun Diana memfailkan permohonan cerai buat kali kedua terhadap Farid pada 4 November tahun lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
MENYUSUL..