Nama terpacul 'end credit scene', Fantastic 4 rupanya hasil tangan pakar 3D rakyat Malaysia


  • Hiburan
  • Selasa, 05 Ogos 2025

Ahmad Hamidullah (dalam bulatan) menyumbang kepada kualiti 3D filem The Fantastic Four: First Step.

NASKHAH Hollywood lazimnya meraih pujian dan kutipan pecah panggung antarabangsa ekoran daya tarikan serta pengaruh barisan pelakon membintangi sesebuah karya.

Paling dinanti-nantikan pastinya kualiti sains fiksyen dan tiga dimensi (3D) dipamerkan dalam setiap naskahnya yang jelas menunjukkan jurang besar antara tahap perfileman Malaysia dan negara-negara Barat.

Namun, siapa sangka di sebalik perkembangan dan kemajuan industri Hollywood, antara figura penting yang menghasilkan karya sedemikian merupakan individu kelahiran Malaysia.

BACA LAGI: Sebelum Ronaldo, Mawi lagi awal ada syiling muka sendiri, sanggup beli semula walau harga tinggi

BACA LAGI: [VIDEO] Nyanyi korus OST Kpop Demon Hunters dalam Bahasa Melayu, ramai tak tahu Gaston Pong rupanya anak jati Johor

Nama Ahmad Hamidullah Abdul Rahman baru-baru ini menjadi sebutan ramai selepas namanya muncul pada end credit scene filem The Fantastic Four: First Steps yang kini ditayangkan di seluruh pawagam dunia.

Turut berkongsi perkara itu di laman Threads, ia merupakan tanda kejayaan dan hasil tangan filem Marvel terbaharu daripadanya.

Nama Ahmad Hamidullah tertera pada end credit scene filem The Fantastic Four: First Step.

 

Ahmad Hamidullah, yang berkhidmat sebagai 3D generalist di sebuah syarikat animasi ibu negara, bertanggungjawab terhadap proses texturing dan penghasilan 3D deretan filem antarabangsa.

Peranannya merangkumi proses texturing 3D dan menyumbang kepada penganimasian watak serta kualiti sesebuah filem secara profesional yang kebiasaannya dimonopoli warga Barat.

Antara naskhah popular lain pernah menerima sentuhannya adalah Deadpool & Wolverine (2024), Ne Zha (2019) dan Out of Nest (2024).

Penglibatan Ahmad dalam filem bertaraf Hollywood secara tidak langsung menandakan lonjakan signifikan bagi bakat kreatif Malaysia di persada antarabangsa. 

Tidak hanya terbatas pada kemampuan teknikal tinggi, tetapi ia juga diyakini mampu membuka jalan buat lebih ramai bakat tempatan melangkah ke industri seni digital berprofil tinggi satu hari kelak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram