Pengorbanan ibu rahsia kejayaan, Johan Ghazali hadiahkan jam Rolex dari hasil ganjaran kemenangan


  • Bonda
  • Ahad, 03 Ogos 2025

Kejayaan Johan Ghazali banyak dipengaruhi dan didorong kuat oleh ibunya, Jennana Johnson.

DI sebalik setiap kejayaan dikecapi jaguh Muay Thai negara Johan Ghazali, ibunya sentiasa menjadi tulang belakang dan tidak pernah lekang dari sisinya.

Itulah Jennana Johnson, sosok penting di sebalik pencapaian membanggakan permata negara meningkat naik itu.

Tidak terbatas hanya pada hubungan ibu dan anak, tetapi ibu kepada empat cahaya mata itu juga berperanan besar sebagai jurulatih, penyokong dan inspirasi utama anak-anaknya.

BACA LAGI: [VIDEO] Asyraf Wajdi, isteri terima kejutan istimewa, 6 anak dendang 'You Are The Reason' disaksikan Tengku Ampuan Pahang

BACA LAGI: 'Dia orang pertama cium tangan aku', pelawak popular kongsi pengalaman bertumbuk dengan pelajar ketika jadi guru

Juga merupakan bekas petarung Muay Thai satu ketika dahulu, Jennana sentiasa memantau rapat perkembangan anaknya selain kerap membantunya dalam sesi latihan di gimnasium.

Malah, menerusi perkongsian video latihan dimuat naik bersama ibunya baru-baru ini, Johan sendiri pernah berkata, "Mama has some kicks!"

 

Pengorbanan ibu

Jennana yang asalnya merupakan seorang suri rumah mengorbankan masa dan keringatnya apabila terjun semula ke dunia Muay Thai demi membimbing anaknya.

Tidak hanya menemani Jojo ke latihan, malah wanita asal Amerika Syarikat (AS) itu turut mengendalikan sesi sparring, memegang pad, melatih teknik dan memantau setiap perkembangan Johan sejak beberapa tahun lalu.

Jennane sentiasa menemani Johan menjalani latihan setiap hari.

Kini, di usia 18 tahun Johan telah melalui lapan perlawanan ONE Championship dengan catatan 5 kemenangan (empat daripadanya melalui KO) dan tiga kekalahan termasuk dalam pertembungan epik menentang Diego Paez pada bulan lalu.

Biarpun kerap dilempar kecaman dan komen negatif susulan kekalahan demi kekalahan dialami, Johan kekal positif dan sentiasa menerima sokongan moral daripada keluarga, terutama ibunya yang terus menjadi tulang belakang, emosi dan strategi buatnya.

Penghargaan buat ibu tercinta

Sebagai tanda penghargaan, Johan baru-baru ini menghadiahkan seutas jam tangan mewah jenama Rolex, khas buat ibunya.

Tersentuh dengan pemberian tersebut, Jennana nyata tersentuh dan gagal menahan sebak kegembiraan usai pemberian yang disifatkan cukup bermakna itu.

 

 

Jojo dilaporkan menggunakan sebahagian daripada pendapatannya sebagai atlet Muay Thai profesional untuk membeli hadiah itu, sekali gus membalas jasa ibunya yang selama ini menjadi jurulatih, pengurus, dan pendorong utama kejayaannya.

Momen itu dibanjiri pujian ramai yang menyifatkan jejaka tampan itu sebagai seorang anak yang tidak melupakan pengorbanan ibu walaupun dibadai populariti dan kejayaan peringkat antarabangsa.

Justeru, hubungan Johan dan ibunya menjadi bukti bahawa kejayaan tidak datang bergolek, sebaliknya ia diiringi nilai kesetiaan, pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu yang sentiasa berdiri teguh di belakang anaknya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram