
SEORANG bekas pemain tenis kebangsaan India maut ditembak bapanya sendiri dalam satu kejadian tragis pada Rabu lalu.
Mangsa, Radhika Yadav, 25, ditembak ketika menyediakan sarapan pagi di dapur rumah mereka di kawasan perumahan mewah Sushant Lok, Seksyen 57, Gurugram, berhampiran New Delhi.
Menurut polis, suspek, Deepak Yadav, 49, melepaskan lima das tembakan menggunakan pistol berlesen miliknya.
BACA LAGI: [VIDEO] TikToker jelita Mexico maut ditembak semasa ‘live’
#TennisPlayer #RadhikaYadav shot by her Father.Apparently on a dispute over #SocialMedia Post, she was fatally shot at upscale #Gurugram Apartments, adjoining #Delhi. 5 shots were fired, to which the budding Tennis Player succumbed & was pronounced dead in the hospital#ITF pic.twitter.com/jsN6kETipe
— Dr. Subhash (@Subhash_LiveS) July 12, 2025
"Tiga peluru menembusi belakang badan Radhika yang sedang memasak ketika itu," katanya.
Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi dan disedari oleh bapa saudara mangsa, Kuldeep, yang tinggal di tingkat bawah rumah sama.
Jelas Kuldeep, beliau terdengar bunyi tembakan dan bergegas naik ke atas sebelum menemui anak saudaranya terbaring dengan berlumuran darah.
"Kami segera membawanya ke Hospital Asia Maringo, tetapi beliau telah meninggal dunia," katanya kepada pihak berkuasa.
Siasatan awal pihak berkuasa mendapati suspek mengaku melakukan pembunuhan kerana tekanan emosi dan rasa malu dialaminya dek sering diejek oleh penduduk kampung di Wazirabad.
Penduduk setempat dipercayai memperlekehkan Deepak kerana bergantung pada pendapatan dan kejayaan anaknya tanpa melakukan sebarang pekerjaan tetap.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila Deepak dilaporkan merayu supaya Radhika menutup akademi tenis yang diusahakannya, namun mangsa enggan.
Radhika pernah mewakili negeri Haryana dalam kejohanan tenis peringkat kebangsaan. — Agensi
Sebelum kejadian, pasangan anak-beranak itu difahamkan bertengkar hebat di rumah.
Ibu Radhika, Manju, turut berada di rumah ketika kejadian namun tidak menyedari situasi yang berlaku kerana sedang berehat di bilik akibat kurang sihat.
Sementara adik lelaki Radhika pula tiada di rumah ketika itu.
Polis telah merampas senjata yang digunakan, peluru hidup dan beberapa bahan bukti forensik dari lokasi kejadian.
Deepak kini ditahan dan disiasat di bawah beberapa seksyen Kanun Keseksaan India termasuk kesalahan membunuh dan memiliki senjata api.
Siasatan lanjut sedang dijalankan, manakala Deepak dijangka dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.
Untuk rekod, Radhika pernah mewakili negeri Haryana dalam kejohanan tenis peringkat kebangsaan dan baru sahaja membuka sebuah akademi tenis di bandar itu.
Beliau turut muncul dalam video promosi sukan tempatan sehingga tular dan mendapat pujian ramai.
Rakan-rakannya menyifatkan Radhika sebagai wanita muda berdedikasi, baik hati dan bercita-cita tinggi, yang tidak pernah kenal penat lelah dalam mengejar impian, meskipun sering berdepan cabaran serta diskriminasi jantina sejak kecil. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram