[VIDEO] TikToker jelita Mexico maut ditembak semasa ‘live’


  • Benua
  • Khamis, 15 Mei 2025

Valeria terkenal menerusi kandungan video bertemakan kecantikan dan gaya hidup.

SEORANG pempengaruh media sosial jelita di Mexico maut ditembak ketika melakukan siaran langsung di TikTok, platform yang mana beliau mempunyai puluhan ribu pengikut, menurut pihak berkuasa pada Rabu.

Wanita malang itu dikenal pasti sebagai Valeria Marquez, 23, terkenal menerusi kandungan video bertemakan kecantikan dan gaya hidup.

Menurut Pejabat Pendakwa Negeri Jalisco, mangsa ditembak mati pada petang Selasa di salun kecantikannya di Zapopan, sebuah kawasan pinggir bandar di barat bandar Guadalajara.

BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal

BACA LAGI: 'Yuna peminat Liverpool', tak sampai setahun beroperasi, pasangan suami isteri di Klang pendam impian mahu setanding syarikat jersi di UK

Difahamkan, suspek hadir ke premis tersebut dengan berlakon sebagai penghantar barangan.

Ketika kejadian yang turut dirakam secara langsung, Valeria dilihat sedang membuka bungkusan berisi patung kecil selepas mengambil bungkusan yang sampai.

Beberapa saat kemudian dia dilihat mati dan terduduk di kerusinya dengan darah bergenang di atas meja ketika siaran langsung masih berjalan.

Kematian Valeria yang merupakan seorang pempengaruh dengan lebih daripada 100,000 pengikut Instagram mengejutkan penduduk di negara itu sekian lama berdepan dengan masalah kritikal berkaitan keganasan dan pembunuhan terhadap wanita.

Beberapa hari sebelum itu, seorang lagi wanita yang juga calon datuk bandar di negeri Veracruz turut ditembak mati semasa siaran langsung, bersama tiga orang lain.

Walaupun tidak semua pembunuhan yang melibatkan wanita, kebanyakannya melibkatkan kaum hawa.

Pada 2020, satu perempat daripada wanita di Mexico disiasat sebagai kes pembunuhan wanita, dengan kes dilaporkan di setiap satu daripada 32 negeri di Mexico, menurut Amnesty International.

Tahun lepas, terdapat 847 kes pembunuhan wanita yang dilaporkan di seluruh negara terbabit dan 162 dalam tiga bulan pertama tahun ini, menurut angka dikeluarkan Kerajaan Mexico. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram