[VIDEO] Anak bekas peguam terkenal di Hat Yai selamba 'minum-minum' lepas tembak mati rakan di restoran


  • Benua
  • Jumaat, 08 Nov 2024

Tangkap layar memaparkan suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa.

SEORANG lelaki dilaporkan mati selepas ditembak rakannya dalam kejadian di sebuah restoran Santirat Pla Pao yang terletak di Soi Santirat, Hat Yai, Thailand pada 1 November lalu.

Suspek, Nitiphan Puangson, 37, yang dipercayai anak kepada seorang bekas peguam terkenal di Hat Yai melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa, Yongyut Jongsricharoenwong, 37.

Insiden tersebut berlaku ketika kedua-duanya bersama rakan-rakan yang lain dipercayai sedang menikmati minuman beralkohol di kedai makan itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Treler ATM bawa muatan 2 kereta kebal tergelincir, trafik di Lebuhraya KL-Karak sesak

BACA LAGI: [VIDEO] Rider ‘superbike’ rentung, terseret beberapa meter gagal elak kereta masuk simpang di Mongolia

Kejadian kira-kira pukul 1.30 petang tersebut turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan sebelum tular di media sosial baru-baru ini.

Rakaman itu menunjukkan Nitiphan mengeluarkan pistol dan menembak mangsa sebanyak tiga kali di kepala.

Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku, dia kemudian meneguk segelas air beralkohol dan berjalan ke arah kereta sedan yang diparkir di tepi jalan.

Sebelum memandu, suspek bertindak melepaskan empat lagi das tembakan ke arah Yongyut sehingga menyebabkan mangsa tersungkur di atas tanah, sebelum mati di tempat kejadian.

Nitiphan kemudian berjalan kembali masuk ke dalam kereta tersebut dengan tenang dan beredar pergi, manakala rakan yang lain menunggang motosikal.

Berdasarkan laporan media tempatan, Nitiphan sudah pun menyerahkan diri di Balai Polis Hat Yai, selain polis turut menyoal siasat rakan-rakan semeja yang menjadi saksi kejadian.

Polis ketika ini sedang menyiasat kaitan suspek dengan skim penipuan piramid The iCon Songkhla Victims yang membuat aduan kepada media mengenai kerugian 250,000 baht (RM25,780). — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram