
MAJLIS perkahwinan bertukar tragedi apabila pengantin lelaki cedera diserang sekumpulan individu di Palembang, Indonesia pada Ahad lalu.
Mangsa, Ahmad Handa, 30, dilaporkan diserang lima individu yang disyaki musuh lamanya ketika dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan.
Dalam kejadian itu, Ahmad dipukul dengan senjata tajam waktu baru keluar dari keretanya.
BACA LAGI: Bergelar anak yatim usia 3 tahun, Ayesha Farooq jadi wanita pertama tembak jatuh jet Rafale India
BACA LAGI: Jarum, benang dan kain jadi lukisan unik, usia 66 tahun bukan penghalang Khalidah terus berkarya
Ahmad melangsungkan akad nikah dan sah menjadi suami kepada Farida di hospital. — Agensi
Ahmad juga mengalami kecederaan serius dan luka akibat ditetak di seluruh badan.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Besar Wilayah Palembang untuk menerima rawatan lanjut.
Meskipun cedera parah, mangsa tetap memilih untuk melangsungkan perkahwinannya dengan isterinya, Faridah Ariyani.
"Ya, semalam (Ahad) majlis akad nikah dilakukan di sini. Hari ini (Isnin) kami akan dirujuk untuk Ahmad menjalani pembedahan," kata abang Faridah, Aidil pada Isnin.
Menurut Faridah, mereka terkejut melihat Ahmad tiba-tiba diserang ketika mahu ke majlis perkahwinannya.
Saat yang menakutkan itu turut disaksikan secara langsung oleh keluarga mereka.
"Ketika itu, saya baru tiba di tempat itu dan mahu turun. Tiba-tiba lima orang datang menyerang.
"Acara tetap diteruskan, tetapi akad nikah diadakan di hospital," jelasnya.
Sementara itu, mangsa mengakui lima orang yang menyerangnya adalah musuh lamanya.
Kesemua suspek menggunakan pisau, parang dan pistol.
"Yang ada pistol menahan kereta manakala tiga lagi mengejar saya.
"Saya menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam rumah seorang penduduk.
"Pada mulanya, saya menyangka dikejar polis kerana ada tembakan, tetapi, selepas masuk, pelaku berhenti mengejar dan kemudian saya dibawa ke hospital," kata Ahmad.
Seorang daripada suspek juga didakwa berdendam kerana mangsa menjadi pemberi maklumat kepada polis.
"Kami pernah bergaduh di jambatan Kertapati dan dia menjerit kepada saya sebagai pencuri, kemudian saya lari.
"Pada 2019, saya tikam dia (suspek), mungkin sekarang dia mahu balas dendam apabila saya tidak berjaga-jaga," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Palembang (AKBP), Andrie Setiawan mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata, pihaknya segera ke lokasi kejadian dan menjalankan siasatan.
"Kita sudah menjalankan siasatan di tempat kejadian termasuk memeriksa beberapa saksi yang melihat kejadian itu termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi itu.
"Pelaku sedang dikesan oleh anggota kita di lapangan," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram