
AUSTRALIA kekal sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan rakyat Malaysia berikutan tarikan semula jadi, kemudahan moden serta pengalaman percutian yang sesuai untuk seisi keluarga.
Namun, proses permohonan visa khususnya bagi mereka yang merancang membawa anak-anak memerlukan perhatian teliti terhadap syarat, dokumentasi dan keperluan semasa.
Baru-baru ini, seorang pempengaruh @azirahalyanie berkongsi tip dan panduan mudah permohonan visa pelancong ke Australia.
BACA LAGI: ASEAN kedua tertinggi dunia, bayi Asia berisiko tinggi dijangkiti jaundis berbanding negara Barat
BACA LAGI: Elak makanan bergula, 'pisahkan' gajet antara 5 tip bantu si kecil tidur lebih lena — Pakar
Ia merangkumi tip praktikal, senarai dokumen sokongan serta langkah-langkah penting yang boleh dijadikan rujukan terutamanya bagi keluarga yang membawa anak-anak kecil.
Langkah persediaan sebelum mohon visa
- Rangka itinerari perjalanan di Australia.
- Tentukan tempoh penginapan dan lokasi penginapan (alamat lengkap walaupun belum ditempah).
- Tetapkan tarikh pergi dan balik.
Peringatan: Mohon visa dahulu sebelum membeli tiket penerbangan
Tempoh proses, kaedah permohonan
Menurut perkongsian tersebut, permohonan visa mengambil masa kira-kira sembilan hari bekerja untuk diluluskan.
Oleh itu, pelancong disarankan supaya memohon awal bagi mengelakkan tekanan masa dan berikut merupakan dua kaedah permohonan boleh dilakukan.
- Aplikasi mudah alih Australia ETA (untuk negara-negara terpilih sahaja).
- Hanya perlu imbas pasport dan ambil swafoto dalam aplikasi.
Bagi warganegara Malaysia, permohonan lazimnya dibuat melalui laman rasmi: https://immi.homeaffairs.gov.au
Permohonan visa ke Australia perlu dibuat melalui laman web rasmi ImmiAccount. — Gambar hiasan
Langkah-langkah permohonan melalui ImmiAccount
- Daftar akaun di laman ImmiAccount.
- Isi borang permohonan secara dalam talian.
- Muat naik dokumen sokongan seperti: Sijil kelahiran anak, penyata bank terkini (tiga bulan), surat pengesahan majikan atau pendaftaran perniagaan, salinan pasport, itinerari percutian dan sijil perkahwinan.
Bayaran visa sekitar RM80 hingga RM90 seorang
Jenis visa untuk pelancong Malaysia: Electronic Travel Authority (subclass 601)
Tip penting sebelum hantar permohonan
- Isi maklumat dengan tepat dan lengkap.
- Jangan abaikan ruangan pendapatan.
- Gunakan alamat penginapan walaupun belum ditempah.
- Nyatakan tarikh penerbangan pergi dan balik walaupun tiket belum dibeli.
Sertakan bukti komitmen di Malaysia untuk meyakinkan pihak imigresen bahawa anda akan pulang selepas tamat tempoh lawatan, seperti:
- Surat pengesahan kerja atau pendaftaran perniagaan.
- Butiran kedai atau syarikat termasuk pautan rasmi laman web.
- Bukti keluarga di Malaysia.
- Tiket atau tempahan tempat lawatan (jika ada).
- Penyata bank yang menunjukkan kewangan mencukupi.
Semak status dan dapatkan visa
Setelah permohonan dihantar, status visa boleh disemak menerusi ImmiAccount dan sebaik diluluskan, pelancong akan menerima dokumen visa dalam bentuk PDF melalui emel dengan status ‘GRANTED’, sebagai tanda visa telah lulus.
Tidak dinafikan, proses permohonan visa ke Australia mungkin tampak rumit, namun dengan perancangan rapi dan dokumentasi lengkap, ia boleh menjadi mudah serta lancar.
Bagi pelancong yang membawa anak-anak, keperluan tambahan seperti sijil lahir dan surat kebenaran penjaga adalah penting dan pastikan setiap maklumat yang diberikan adalah tepat, lengkap dan boleh disahkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram