
SUDAH menjadi kelaziman setiap penumpang pesawat disambut dengan ucapan helo ataupun salam sejahtera daripada kru penerbangan.
Namun, tahukah anda bahawa ia bukan sekadar ucapan biasa? Sebaliknya hal itu menjadi salah satu pendekatan terbaik digunakan dalam mengenal pasti tahap kesihatan penumpang sebelum memulakan penerbangan.
Seorang pramugari berkongsi hal itu di laman sosial yang menurutnya merupakan antara prosedur penting perlu dilakukan.
BACA LAGI: [VIDEO] Gajet bantu Aafiyah kuasai bahasa Inggeris, Siti Nurhaliza kawal, tetapkan sejam sehari saja
Jelasnya, individu kurang sihat dengan simptom seperti mabuk ataupun demam akan dihalang daripada menaiki pesawat bagi mengelakkan sebarang risiko.
Berkongsi perkara itu di laman TikTok, hal itu nyata mengundang perhatian ramai dengan rata-ratanya mula memahami maksud di sebalik ucapan tersebut.
Di sebalik perwatakan mesra dan sopan dipamerkan kru kabin, ia nyata memikul tugas berat dan peranan penting dalam memastikan keselamatan penumpang.
Kesimpulannya, satu ucapan ringkas bukan hanya membawa nilai kesopanan, tetapi juga menjadi alat penting dalam sistem keselamatan penerbangan.
Ia membuktikan bahawa tanggungjawab kru penerbangan bukan hanya tertumpu kepada layanan mesra, tetapi turut merangkumi pemantauan kesihatan dan kesejahteraan penumpang secara tidak langsung.
Maka, hargailah perkara itu kerana tugas seorang pramugari lebih besar daripada apa yang dilihat melalui mata kasar. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram