[VIDEO] ‘Hidup ini keras’, pelakon wanita popular kini tukang gunting rambut, bancuh simen


  • Hiburan
  • Rabu, 18 Jun 2025

Sharisa Hanis kini bekerja sebagai tukang gunting rambut bagi meneruskan kelangsungan hidupnya.

 

PERNAH tercalon ‘Top 5’ di Anugerah Skrin 2014 suatu ketika dahulu, pelakon Sharisa Hanis, 36, kini semakin melangkah jauh dalam bidang keusahawanan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Lebih dikenali dengan gelaran 'Akak Sado Tampin', bekas pelakon drama Adella Sofea itu mula menceburi dunia perniagaan menerusi restoran Mama Nor yang diusahakan sejak 2017.

Terbaharu, Sharisa mengambil langkah berani dalam hidupnya apabila bekerja sebagai tukang gunting rambut di sebuah lokasi dekat Tampin, Negeri Sembilan.

BACA LAGI: [VIDEO] Gajet bantu Aafiyah kuasai bahasa Inggeris, Siti Nurhaliza kawal, tetapkan sejam sehari saja

BACA LAGI: [VIDEO] Trend 'Seribu Tahun TTC' ubati duka, karya Imran Ajmain meruntun hati pasangan menanti zuriat

Bagaikan sudah lali dengan pertanyaan dan kecaman peminat, graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling, Universiti Malaya itu tegas menyatakan dirinya tidak pernah berasa malu melakukan pekerjaan tersebut.

Bahkan, dia menganggap ia sebagai pemberian istimewa dari Sang Pencipta yang sentiasa memuka peluang rezeki buat seisi keluarganya.

"Apa sahaja kerja asal jadi duit aku buat, kerja halal la bukan jual anak orang.

"Bertuahnya aku, aku tak pernah sedar diberi kelebihan menggunting rambut, ala-ala newbie la bukan pro pun,

Aku prioritize mana kehendak dan keperluan dan aku sering kali memilih keperluan, kalau ikut kehendak KLCC pun aku nak beli," katanya di laman Instagram pada Ahad.

 

 

 

Selain menggunting rambut, Sharisa turut menjalankan beberapa pekerjaan lain usai meninggalkan dunia seni tanah air sejak beberapa tahun lalu.

Sinonim dengan gelaran 'Akak Sado', dia juga pernah bekerja sebagai pembancuh simen dan menganggap ia sebagai 'upah' halal demi memastikan keperluan anaknya tidak terabai.

Terdahulu, Sharisa melakar kejayaan yang cukup membanggakan dalam hidupnya apabila diangkat sebagai Ikon Usahawan Negeri Sembilan pada 2023.

Banyak terlibat dalam aktiviti komuniti keusahawanan di daerah Tampin, ibu kepada seorang cahaya mata itu difahamkan masih belum terbuka untuk kembali ke lensa kamera televisyen dengan fokus utamanya kini terarah kepada bidang perniagaan diceburi.

Sekadar info, antara drama dan filem yang pernah dibintangi Sharisa adalah You Saka...Pergi Jauh-jauh, Karma, Tentang Dhia, Diari Plantun, Andai Bumi Tulip Takdirku, Monalisa, Bahaya Cinta, Bravo 5 dan Suamiku Jatuh Dari Langit.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram