[VIDEO] Gajet bantu Aafiyah kuasai bahasa Inggeris, Siti Nurhaliza kawal, tetapkan sejam sehari saja


  • Relaks
  • Isnin, 14 Apr 2025

TokTi sentiasa meletakkan anak-anak dan keluarganya sebagai keutamaan dalam hidupnya.

PERKEMBANGAN teknologi masa kini kian mengundang resah dalam kalangan ibu bapa ekoran kesan negatif dan ketagihan kanak-kanak terhadap peranti gajet.

Penggunaan telefon pintar dan video di laman You Tube berlebihan misalnya antara paling dirisaukan kerana mampu mengundang bahaya jika tidak dikawal.

Bersetuju dengan perkara itu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 46, turut tegas dalam mendidik anak-anaknya agar tidak terjebak ke arah tidak sihat.

BACA LAGI: [VIDEO] Siti Nurhaliza latih Aafiyah cabar kemampuan diri sertai olahraga, ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi

BACA LAGI: [VIDEO] 'Jangan bawa anak keluar 'shopping', mesti pakai bengkung', Nona Roguy kongsi 3 petua tradisional buat ibu berpantang

Katanya, dalam tempoh sehari anaknya, Siti Aafiyah (Aafiyah), 7, cuma dibenarkan menonton video dalam gajet tidak lebih sejam setiap hari.

"Tak boleh elak la sebab gajet ada kebaikan, ada keburukan. Kebaikan saya boleh nampak lanak saya lebih cepat dan fasih berbahasa Inggeris.

"Macam Aafiyah pun memang Inggeris bagus, bukan sahaja belajar di International Islamic School, tapi dibantu video gajet. Dia senang tangkap words.

"Jadi dia boleh bercakap dengan lancar dan adiknya pun sudah mula bertutur bahasa Inggeris sebab cara pembelajaran menggunakan gajet bagus. Bagaimanapun, kalau lebih sangat boleh mengganggu proses pembelajaran.

"Sebagai ibu bapa kena kawal, ada masa saya bagi peluang untuk main gajet, sehari cuma sejam," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Lagu Tema dan Video Muzik Telaga Suriram di World Trade Centre, Kuala Lumpur pada Isnin.

TokTi dianugerahkan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa. — Instagram/TokTi

Ditanya tip pemakanan anak-anak, Siti yang mesra disapa TokTi itu menjelaskan kedua-dua cahaya matanya cukup gemarkan masakan rumah.

Berbeza dengan kanak-kanak sebayanya, Aafiyah dan Muhammad Afwa lebih suka air tangan ibu dan kurang menggemari snek ringan.

"Kalau di rumah mereka suka makan masakan saya, kalau kat luar susah sikit sebab Aafiyah kurang makanan lain, snek pun tak suka.

"Cuma saya tahu dia suka western jadi kalau spageti, bolognese dia okay. Jadi saya akan masak pasta," ujar Biduanita Negara itu lanjut.

Berkongsi perkembangan Aafiyah yang baru-baru ini menyertai acara larian di sekolahnya, hal itu dilihat sebagai satu perkembangan positif untuk anak beliau menceburi bidang sukan satu hari nanti.

Memberikan sokongan penuh terhadap aktiviti anak-anak, pelantun suara Bukan Cinta Biasa itu tidak menolak untuk melihat Aafiyah bergelar atlet jika itu minatnya.

Tidak menetapkan hala tuju mahupun karier si kecil apabila meningkat dewasa kelak, TokTi lebih terbuka untuk Aafiyah menjadi atlet seperti mana pernah diceburinya satu ketika dahulu yang sangat menggemari sukan bola jaring. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram