
MASALAH pakaian lama menimbun di dalam almari cukup sinonim bagi kebanyakan kaum wanita.
Dalam kesibukan mengurus kehidupan seharian, dari kerjaya hingga tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, aktiviti menyusun atau mengemaskini almari pakaian sering kali menjadi keutamaan terakhir.
Kebiasaannya ia akan berterusan sehingga koleksi baju tidak dipakai terus bertambah dan membebankan ruang simpanan.
BACA LAGI: ‘Kerja dapur bukan untuk perempuan saja’, majoriti sokong ibu bapa didik anak lelaki bantu sekali
Paid someone to declutter my wardrobe & sell my clothes. Rate dia for now RM100 for 3 hours and extra 30 for every hour after. Then she sells the baju on tiktok. Ask her for more info okay! Follow her Thread & Tiktokhttps://t.co/CUXbaoeVMW
Book before dia naik harga!!!! pic.twitter.com/hi2O9Sy97J
— MarieJualKondo(@natashagideon) May 16, 2025
Situasi itu mencetuskan inisiatif kreatif seorang wanita dikenali menerusi akaun TikTok @miliiseverywhere untuk menawarkan servis mengemas almari dan mengurus jualan pakaian terpakai (preloved) khusus untuk wanita yang terlalu sibuk dengan rutin harian.
Beliau yang juga bekerja sebagai hos siaran langsung bebas, terpanggil untuk membantu golongan wanita yang memiliki kekangan masa untuk menyusun atau menyaring pakaian masih relevan dipakai.
“Siapa duduk di kawasan Kuala Lumpur dan banyak baju yang tidak dipakai, nak saya datang kemaskan almari atau tolong preloved-kan pun boleh,” katanya di media sosial.
Wanita itu turut berkongsi bahawa dirinya gemar melipat pakaian mengikut kategori termasuk berpandukan sistem warna.
Kaedah itu dilihat mampu menjadikan ruang lebih teratur dan memudahkan pemilihan pakaian harian.
Difahamkan, kadar bayaran yang dikenakan bagi perkhidmatan tersebut hanyalah RM100 untuk dua jam, namun ia bergantung pada jenis servis yang diperlukan.
Menjengah ke aplikasi X (Twitter), kebanyakan wanita menyuarakan keterujaan dan rasa lega dengan kewujudan servis tersebut, yang dilihat sangat relevan dengan gaya hidup moden dan serba sibuk.
“Ya Tuhan, sudah lama saya mencari (servis) ini! Akhirnya kena buat sendiri dan hampir patah pinggangg jadinya ya,” ujar Elya.
“Wah saya memang memerlukan perkhidmatan ini! Saya sudah tidak tahan melihat almari semua orang,” kata Cumi.
Inisiatif seperti itu bukan sahaja membantu mengurangkan beban wanita bekerja, malah mampu memberi nafas baharu kepada pakaian lama melalui konsep penjualan semula secara bijak dan teratur.
Dengan permintaan yang semakin meningkat, servis seumpama ini dilihat bukan sahaja praktikal, tetapi juga berpotensi menjadi satu bentuk sokongan komuniti wanita untuk saling membantu dalam kehidupan seharian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram