Mula-mula ingat tersentuh tangan, wanita tertekan dakwa bapa mentua berkelakuan aneh, tidak sopan


  • Maya
  • Sabtu, 17 Mei 2025

Wanita tidak seharusnya mendiamkan diri apabila berlaku gangguan seksual, walaupun pelaku adalah ahli keluarga. — Gambar hiasan

SEORANG wanita meluahkan pengalaman hitam yang mengganggu emosi dan ketenangannya apabila mendakwa diganggu secara fizikal oleh bapa mentua sendiri.

Menurut wanita tersebut, insiden gangguan itu berlaku secara berperingkat sejak beliau tinggal serumah dengan keluarga mentua hampir setahun lalu. 

Pada awalnya, beliau menganggap sentuhan kecil seperti menyentuh tangan secara tidak sengaja ketika menghulurkan barang adalah perkara biasa. 

BACA LAGI: 'Sentuhan berlebihan tanda ayah sayang', ramai setuju bapa pegang paha anak perempuan tidak normal

BACA LAGI: [VIDEO] Rakaman audio bongkar perbuatan bapa durjana cabul, dera seksual anak kandung 5 tahun

Namun lama-kelamaan, beliau mula sedar tingkah laku bapa mentuanya semakin berani dan tidak wajar.

“Apabila bercakap dengan bapa mentua, dia pegang lengan, tapi saya masih husnuzon ingatkan dia rindu anak-anak perempuan yang duduk jauh dan jarang balik.

"Kalau minta teman pergi mana-mana, sewaktu nak turun kereta dia akan tepuk paha saya. Makin lama makin berani bukan sekadar tepuk tapi gosok-gosok paha saya semasa hendak keluar kereta.

"Untuk maklumkan, (kawasan) sini susah nak parkir jadi saya ajak teman sebab senang double park (letak kenderaan secara berlapis) dan senang dia nak alih parkir," tulisnya menerusi hantaran di aplikasi Thread pada Jumaat.

Meski kejadian itu berlarutan selama beberapa bulan, beliau memilih untuk berdiam diri.

Wanita itu juga memberitahu, suaminya sangat rapat dengan bapanya dan bimbang perkara tersebut akan menjejaskan hubungan keluarga.

Situasi itu menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk berdiam diri pada awalnya, walaupun hatinya dihimpit trauma dan rasa tidak selamat.

Dakwanya lagi, insiden kemuncak berlaku pada Ramadan lalu sewaktu beliau sedang mengemas dapur selepas menghantar suami ke tempat kerja. 

Ketika itu, wanita tersebut mendakwa bapa mentua tegar melakukan perkara tidak senonoh terhadapnya beliau terpaksa segera melarikan diri ke bilik.

“Saya tergamam kelu. Saya menggigil, terkejut dan bercelaru. Sangat sakit apabila teringat balik semua itu,” katanya menambah ibu mentuanya kini menghidapi penyakit kronik.

Difahamkan, wanita berkenaan akan berpindah keluar dari rumah mentua pada Jun depan.

Kisahnya menjadi perhatian warga maya selepas dikongsi menerusi media sosial, dengan harapan dapat membuka mata masyarakat dan menyedarkan wanita lain agar lebih berani bersuara.

Ramai menyarankan agar beliau segera berbincang dengan suami mengenai hal sebenar, walaupun ia satu realiti pahit untuk ditelan.

Salah seorang pengguna akaun Thread dengan nama SuhailaKhaled menasihatkan agar mangsa gangguan seksual mendapatkan sokongan emosi daripada individu dipercayai dan bantuan profesional. 

"Dalam kes seperti ini, tindakan undang-undang juga boleh diambil kerana melibatkan gangguan seksual dan pelanggaran privasi dalam institusi kekeluargaan," katanya.

Bagi Dariahasbullah, wanita tidak seharusnya mendiamkan diri apabila berlaku gangguan seksual, walaupun pelaku adalah ahli keluarga. 

"Mendiamkan hanya memberi ruang untuk pelaku terus mengambil kesempatan,” tegasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram