
TANGGAPAN bahawa membuat kerja di dapur adalah tanggungjawab wanita semata-mata kini menerima sudut pandangan berbeza daripada masyarakat.
Ia dapat dilihat selepas satu hantaran dimuat naik pemilik akaun Thread, @arfhartoe baru-baru ini yang berkongsi tentang situasinya berdepan dengan jurang perbezaan peranan wanita dan lelaki dalam melakukan kerja di rumah.
Dalam perkongsian itu, dia bersikap tegas dengan ahli keluarganya yang kerap mengarahkan anak perempuan untuk membantu melakukan tugas di dapur berbanding lelaki.
BACA LAGI: Polis cekup pemandu Kelisa 'culik' gadis OKU sampai ke Kedah, beri alasan bersiar-siar
BACA LAGI: Awas gejala endometriosis, mampu jadi musuh senyap wanita, risiko sukar hamil
Situasi persiapan sebelum raya yang dikongsikan pemilik akaun tersebut.
"Tahun ini aku tolong adik tiri aku yang ada seorang anak perempuan dan dua anak lelaki.
"Aku perasan dia banyak suruh anak perempuan buat semua," tulisnya sambil menambah dua lagi anak saudara lelaki sedang bermain gajet.
Dia kemudiannya menegur kedua-dua anak saudaranya itu untuk bersama-sama membantu membuat persiapan di dapur.
Situasi itu sekali gus menerima pelbagai reaksi termasuk sokongan daripada rata-rata warga maya.
Ramai yang bersetuju bahawa tugas tersebut bukan sahaja perlu dilakukan oleh kaum hawa, malah boleh dinormalisasikan kepada golongan lelaki.
"Betul. Wajib suruh anak lelaki juga. Kerja di dapur bukan untuk perempuan sahaja.
"Kalau tidak, lahirlah lelaki merajakan diri selepas kahwin," komen Aisy Asyh.
"Tak salah ajar dari sekarang sebab nanti dah besar masing-masing tahu tanggungjawab.
"Common sense ini dari kecil kena terapkan," tambah Gurlgurlz Boboy. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram