SEORANG penunggang p-hailing meninggal dunia selepas dihempap oleh pokok tumbang di Jalan Tun Razak-Ayer Keroh, Melaka pada Sabtu.
Kejadian pada 1.30 tengah hari itu melihatkan mangsa yang merupakan lelaki berusia 22 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
Ia turut melibatkan satu kereta jenis Perodua Myvi yang teruk dihempap pokok tumbang.
BACA LAGI: 'Ada doa tanpa kata-kata, hanya air mata,' Zizie Izette luah rasa hiba pemergian Bung Moktar
Pemandu kereta tersebut yang merupakan wanita berusia 19 tahun mengalami kecederaan akibat perkara serupa.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, seramai lapan pegawai dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik saja menerima maklumat mengenai kejadian itu.
"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba dalam tempoh lapan minit dan mendapati sebuah motosikal dihempap pokok tumbang.
"Anggota segera menjalankan kerja menyelamat termasuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah pokok.
"Kerja-kerja memotong dan membersihkan pokok turut dilakukan bagi memastikan laluan selamat," ujarnya.
Mangsa yang meninggal dunia kemudiannya dihantar ke pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan seterusnya.
Sementara itu, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
