SPEKULASI mengenai masa depan Badrul Afzan Razali di Terengganu FC (TFC) terus menjadi persoalan.
Dengan sebelum ini, nama Datuk Ong Kim Swee dikaitkan, bekas pengendali Persik Kediri itu kemudiannya menutup spekulasi apabila dia menjadi pengarah teknikal di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).
Jika Kim Swee bukan orangnya, apa seterusnya untuk drama kejurulatihan TFC?
BACA LAGI: Aksi lawan NSFC bukan penentu, TFC belum ada kata putus masa depan Badrul Afzan
BACA LAGI: TFC aktif cari TD baharu, pengalaman Asia jadi kriteria utama
Posisi masih dalam pertimbangan
Sebelum ini, terdapat desas-desus mengatakan yang Kim Swee sedia menggantikan Badrul rentetan prestasi tidak menentu TFC.
Kim Swee yang bersama Persik di Indonesia, melihat ia sebagai satu peluang untuk kembali ke negara sekali gus lebih dekat dengan keluarganya.

Kim Swee kini bersama AMD.
Namun kini, spekulasi itu dipadam apabila Kim Swee memang pulang ke Malaysia namun memilih menggalas tugas di AMD berbanding menyertai kelab Liga Super.
Sementara kedudukan Badrul yang sering menjadi perhatian terutamanya selepas aksi menentang Negeri Sembilan FC pada 22 November yang melihatkan kedua-dua kelab seri 1-1.
Misi lebih penting
Walaupun kedudukan Badrul masih menjadi tanda tanya sama ada kekal atau dilepaskan, TFC harus berhati-hati dalam situasi tersebut.
Hal ini kerana, jika mereka memilih untuk terus kekal dengan pengendali itu sebenarnya tiada masalah namun TFC harus bijak menguruskan situasi itu.

Nasib Badrul masih belum ditentukan oleh poengurusan TFC.
Salah satunya adalah dengan mendapatkan pengarah teknikal (TD) baharu yang sudah lama dikosongan selepas kali terakhir diisi oleh Tomislav Steinbruckner.
Dengan jawatan yang sedia kosong, TFC wajar mengutamakan lantikan tersebut berbanding memikirkan untuk mengganti jurulatih.
TD amat diperlukan
Dalam bola sepak moden, jawatan TD sememangnya penting dalam memastikan satu-satu kelab itu dapat bergerak maju ke depan.
TFC antara kelab Liga Super yang masih tidak ada TD baharu dengan pihak kelab mengesahkan pencarian sedang dilakukan sebelum memilih calon yang benar-benar sesuai.

TFC sedang aktif mencari TD baharu.
Dengan pelantikan TD, ia dapat membantu meletakkan semula TFC ke landasan sebenar sekali gus membantu Badrul untuk lebih konsisten dalam saingan liga.
Jadi, selepas Kim Swee bukan jawapannya, apa lagi yang ada untuk TFC? — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
