ADAKAH masa pertahanan tengah veteran, Safuwan Baharudin di Lion City Sailors (LCS) semakin menemui penghujungnya?
Hal ini kerana, dia yang dipinjamkan oleh Selangor FC ke kelab Singapura itu dilihat memuat naik kandungan di media sosial yang seakan mengiyakan perkara tersebut.
Hal ini kerana, di Instagram milik Safuwan, pemain itu memuat naik Instagram Story (IG Story) memberikan bayangan penamat kepada kisahnya bersama juara Singapura itu.
BACA LAGI: Kim Swee bukan jawapan TFC, jadi apa lagi?
BACA LAGI: Biar lama tak beraksi, momen epik di Kemboja buktikan nilai Shane Lowry buat JDT

Kemas kini Safuwan yang memberikan bayangan akan tinggalkan LCS.
Dalam IG Story, Safuwan menujukkan nombor dan namanya yang kemudiannya digelapkan, ia seakan memberikan mesej pemain itu bersedia meninggalkan LCS.
Ditambah dengan jendela perpindahan Liga Malaysia akan dibuka pada Januari, ia menguatkan spekulasi Safuwan akan kembali ke pangkuan Selangor untuk menguatkan semula benteng pertahanan.
Sebagai rekod, kontrak Safuwan bersama Selangor akan berakhir pada akhir musim 2025/2026.
Musim ini, sumbangan Safuwan kepada LCS agak terhad dengan dia cuma melakukan enam penampilan dalam kesemua pertandingan termasuk peringkat domestik dan antarabangsa.
Dengan terhadnya tempoh bermain, sambil Selangor mengalami masalah di bahagian pertahanan, amat wajar sekiranya pengurusan kembali memanggilnya agar benteng kembali kukuh.
Safuwan juga seorang pemain senior dalam skuad Selangor dan jika dia kembali, ia pasti dapat menaikkan semangat rakan sepasukan yang sedang berdepan kesukaran di Liga Super serta kejohanan-kejohanan lain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
