Aksi Leeds United 'nyawa' terakhir, Slot salahkan Liverpool sudah hilang 'fear factor'


  • Podium
  • Khamis, 04 Dis 2025

Liverpool sekadar mampu seri berdepan Sunderland di tempat sendiri.

KEDUDUKAN Arne Slot sebagai pengendali Liverpool semakin terancam selepas The Reds sekadar seri 1-1 menentang Sunderland dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada pagi Khamis, waktu Malaysia.

Ancaman itu semakin besar selepas Slot gagal memenuhi misi enam mata yang ditetapkan oleh pengurusan tertinggi kelab yang mahukan kemenangan bertemu West Ham United dan Sunderland.

Sebaliknya, Liverpool sekadar mampu menang bertemu The Hammers dan seri berdepan Black Cats sekali gus hanya meraih empat mata daripada enam yang ditetapkan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kalah dalam menang', kejayaan terakhir Selangor di Filipina tak cukup mara jauh di Asia

BACA LAGI: Nasib berbeza bintang Man United, Onana malang, Mbeumo terus cemerlang

Rentetan daripada keputusan itu, pengurusan tertinggi Liverpool dilaporkan memberikan "amaran terakhir" kepada Slot dengan aksi seterusnya menentang Leeds United bakal menjadi penentu.

Aksi berdepan Leeds yang dijadualkan pada Ahad menjadi misi wajib menang buat Slot, seandainya gagal berbuat demikian pengurusan tertinggi The Reds akan duduk di meja mesyuarat untuk membincangkan masa depannya.

Tugas dilihat menjadi sukar buat Slot kerana Leeds baru saja segar daripada kemenangan 3-1 ke atas Chelsea.

Melihat kepada prestasi terumbang-ambing Liverpool, Slot mengatakan yang punca itu berlaku kerana pasukannya sudah tiada fear factor di mata pihak lawan.

Pihak lawan dilihat sudah berani untuk berdepan Liverpool walaupun mereka menjadi pelawat beraksi di Anfield.

"Pihak lawan berasakan mereka boleh dapatkan keputusan apabila bertemu kamu. Malah, mereka bukan saja fikir, tapi tunjukkan yang mereka boleh lakukannya pada musim ini.

"Walaupun dalam perlawanan yang kami menang, kami sebenarnya telah memberi keyakinan kepada pasukan lain yang mereka juga ada peluang, kerana kemenangan kami itu pun bukanlah kemenangan yang meyakinkan," kata Slot selepas perlawanan menentang Sunderland. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram