MASIH ingat atau tidak, Safuwan Baharudin kekal sebagai tonggak Selangor FC apabila hanya menyertai Lion City Sailors (LCS) sebagai pemain pinjaman musim ini.
Masih mempunyai kontrak untuk Selangor, Safuwan meninggalkan petanda yang masanya di LCS semakin menemui penghujungnya.
Dengan terdapat prospek untuk kembali, ia mungkin satu petanda baik buat Selangor yang mengharungi masa sukar dalam saingan tempatan mahu pun antarabangsa.
BACA LAGI: Kim Swee bukan jawapan TFC, jadi apa lagi?
BACA LAGI: Haziq Kutty ingat pesanan abang Syamer, kekal positif bawa cabaran negara di Sukan SEA
Masa sukar Selangor
Sejak dari awal musim, Selangor berdepan pelbagai kesukaran dalam mendapatkan rentak di padang.
Dengan pelbagai isu di luar serta dalam padang, ia jelas memberi kesan kepada para pemain apabila deretan keputusan kurang memuaskan dihasilkan mereka.

Safuwan dipinjamkan ke LCS pada musim ini.
Lebih perit, bukan saja di peringkat domestik, malah nama Selangor dicemari dengan malu besar apabila tersingkir dengan mudah dalam kejohanan Asia.
Ketiadaan Safuwan jelas meninggalkan impak yang tidak baik buat Selangor kerana dia bukan saja seorang pemain, namun mempunyai nilai kepimpinan tinggi.
Watak penting kelab
Safuwan bukan saja seorang pemain, namun dia adalah pemimpin yang mampu menaikkan semangat rakan sepasukan di dalam bilik persalinan.
Ketiadaannya jelas memberi kesan kepada Selangor apabila prestasi mula menurun dan Gergasi Merah ibarat kehilangan jeneral utama di tengah padang.

Safuwan merupakan watak senior dalam bilik persalinan Selangor.
Benar yang Selangor masih ada Faisal Halim dan Noor Al-Rawabdeh sebagai pemimpin namun dalam bola sepak moden, sudah menjadi kelaziman untuk satu-satu kelab ada beberapa ketua yang membantu perjalanan pasukan.
Nilai kepimpinan Safuwan terserlah ketika dia di Selangor dan skuad kebangsaan Singapura dan itulah yang sebenarnya dirindukan oleh Gergasi Merah.
Jadi penawar
Dengan jendela perpindahan Januari semakin hampir, ia adalah peluang terbaik untuk Selangor memanggil semula Safuwan ke pangkuan mereka.
Rentetan musim penuh gelora, kepulangan Safuwan boleh menjadi penawar kepada kelemahan pertahanan sekali gus menguatkan benteng rapuh yang senang ditembusi pihak lawan.

Safuwan (kanan) juga merupakan bintang skuad Singapura.
Ia juga dapat menaikkan semangat para pemain apabila watak senior yang sudah faham luar dalam skuad Selangor kembali untuk menguatkan pasukan.
Inilah masanya untuk menyeru Safuwan kembali, kerana Selangor ada musim yang perlu diselamatkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
