[VIDEO] Siap sempat ‘warm up’, 2 lelaki cuba samun kedai serbaneka di Kuantan sebelum lesap tunggang Y16


  • Tular
  • Khamis, 18 Sep 2025

Rakaman CCTV mendapati suspek melarikan diri selepas cubaan tersebut digagalkan penjaga kedai.

CUBAAN dua lelaki untuk melakukan jenayah samun terhadap sebuah kedai serbaneka di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang pada Khamis tidak berhasil.

Dalam hantaran dimuat naik di laman Facebook Irsyad Fahmi, kedua-duanya kelihatan melarikan diri menggunakan dua motosikal jenis Yamaha Y16 sambil kedengaran jeritan dipercayai dari penjaga kedai.

"Cubaan samun di Bandar Indera Mahkota 16, Kuantan. Hati-hati yang kerja di kedai 24 jam itu, nasib baiklah tadi yang jaga pekerja lelaki. Kalau perempuan, tak tahulah macam mana nasib.

BACA LAGI: [VIDEO] Polis kesan suspek samun, pukul pemuda hingga parah di pusat karaoke Johor Bahru

BACA LAGI: Ugut samun rompak dalam tempoh 5 jam sekitar Alor Gajah, lelaki 'lalok' akhirnya dicekup

"Alhamdulillah pekerja selamat, cuma trauma tidak hilang lagi. Suspek dua orang, masing-masing naik sebiji motosikal jenis Y-15 dan Y-16 dengan ekzos sudah diubah suai," tulisnya.

Malah, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan suspek terlebih dahulu sempat berbincang di tepi kedai dengan salah seorang daripadanya dikesan melakukan regangan memanaskan badan sebelum menyamun.

Tetapi, wajah kedua-dua lelaki tersebut tidak dapat dirakam kerana mereka memakai topeng pelitup muka dan menggunakan 'hoodie' untuk dielak dikesan.

Kejadian tersebut dipercayai tidak meninggalkan sebarang bentuk kerugian terhadap kedai berkenaan kerana tiada sebarang kenyataan sedemikian dibuat.

Setakat ini, polis Kuantan belum mengeluarkan kenyataan berhubung cubaan samun tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram