
TENTERA Udara Diraja Malaysia (RMAF) mengesahkan nahas melibatkan satu daripada pesawat tempur model F/A-18D Hornet milik mereka.
"Kami ingin mengesahkan sebuah insiden melibatkan pesawat F/A-18D Hornet pada pukul 9.05 malam Khamis di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di Kuantan, Pahang.
"Kami sedang mengambil tindakan segera dan akan mengemas kini sebarang perkembangan terbaru," tulis RMAF menerusi satu kenyataan pada Khamis.
BACA LAGI: Pesawat ke-2 TUDM jadi monumen di Putrajaya, lambang pemerkasaan keupayaan pertahanan udara
BACA LAGI: Polis akan panggil semula individu didakwa terlibat kes pukul pelatih TUDM
Setakat ini, TUDM belum mengesahkan sama ada terdapat sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dalam insiden terbabit.
TUDM juga meminta agar semua pihak tidak melakukan sebarang spekulasi atau berita tidak sahih berhubung kejadian berkenaan.
Dalam sebuah video tular, kelihatan sebuah pesawat yang sedang berlepas secara tiba-tiba meletup di sebuah lapangan terbang sekitar Pahang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram