
DUA juruterbang jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbabit dalam kejadian pesawat kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang pada Khamis kini berada dalam keadaan stabil.
Menurut laporan media tempatan, kedua-dua mangsa sudah dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada Jumaat.
"Juruterbang pesawat berpangkat Mejar dilaporkan cedera di bahagian belakang dan pinggul.
BACA LAGI: [VIDEO] TUDM sahkan insiden pesawat FA-18D Hornet di Kuantan
BACA LAGI: Reka cerita Zara Qairina dimasukkan dalam mesin basuh, guru BI mengaku tak bersalah
"Seorang lagi mangsa berpangkat Kapten berada dalam kedaan baik.
“Keadaan kedua-duanya stabil dan mereka dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan awal.
"Bagaimanapun, pemeriksaan X-ray akan dijalankan di Jabatan Ortopedik pada Sabtu,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.05 malam Khamis, TUDM mengesahkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet dilaporkan terhempas sebaik berlepas di landasan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan.
Kejadian itu juga berjaya dirakam orang awam yang berada di tempat kejadian dan tular pada hari yang sama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram