[VIDEO] Polis kesan suspek samun, pukul pemuda hingga parah di pusat karaoke Johor Bahru


  • Kes
  • Rabu, 10 Sep 2025

Seorang lelaki dipukul dan disamun di sebuah pusat hiburan karaoke dalam pusat membeli-belah di Johor Bahru pada Ahad lalu.

SEORANG lelaki cedera parah selepas dipukul dan disamun di sebuah premis hiburan karaoke dalam pusat membeli-belah Plaza Sentosa dekat Johor Bahru, Johor baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 7 September lalu sebelum gambar mangsa dimuat naik di platform X (Twitter) menerusi akaun @negori09.

“Mangsa mengalami kecederaan pada kepala, mata dan tangan sebelum menerima rawatan di hospital,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

BACA LAGI : [VIDEO] 'Ingatkan sampah, rupanya dadah', pekerja terkejut jumpa bungkusan ganja mampat di Kuala Sungai Padang

BACA LAGI : [VIDEO] Menyesal tak berguna, lelaki Indonesia tergamak kerat kekasih, seminggu tinggal bersama jasad

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Raub memaklumkan, usaha mengesan suspek terlibat kini giat dijalankan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan ke Hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2254677 atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Syahriezam Shamri di talian 014-8028427,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman bergambar menunjukkan mangsa menerima rawatan di sebuah hospital di Johor Bahru dengan kesan kecederaan serius termasuk jahitan di kepala.

Malah, turut kedengaran suara seorang lelaki yang mengaku sebagai abang mangsa mendakwa adiknya itu dipukul oleh majikan.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram