Croissant Jalur Gemilang inovasi patriotik bakeri di Jitra sempena Hari Malaysia


  • Bisnes
  • Rabu, 10 Sep 2025

Flour Crown mencuri perhatian ramai dengan inovasi unik croissant Merdeka, yang menampilkan warna-warna bendera Malaysia dalam adunan pastri.

SEMPENA sambutan Bulan Kebangsaan, sebuah bakeri tempatan di Jitra, Kedah menampilkan kelainan tersendiri dengan mengeluarkan croissant Jalur Gemilang.

Flour Crown mencuri perhatian ramai dengan inovasi unik croissant Merdeka, yang menampilkan warna-warna bendera Malaysia dalam adunan pastri Perancis yang terkenal itu.

Menggunakan campuran adunan berwarna biru, merah dan kuning, croissant itu bukan sahaja mencerminkan semangat patriotik, malah menunjukkan ketelitian dan kemahiran tinggi dalam penghasilan pastri berwarna terang.

BACA LAGI: Manik Sarawak cetus minat bekas auditor dari Rawang hasilkan aksesori artisan berjiwa merdeka

BACA LAGI: Hasilkan baju Puteri Perak, Minangkabau, lelaki dari Nilai sanggup berhabis ribuan ringgit demi koleksi Semanis Merdeka

 

 

"Kami yakin nak cakap yang kami adalah bakeri pertama di Malaysia menghasilkan croissant Merdeka. Kami buat dah lama sebelum ada kafe lagi iaitu pada tahun 2022.

"Bagi edisi kali ini, kami dah tambah baik croissant Jalur Gemilang. Kalau dulu bake, bahagian kuning akan nampak brown dan tak nampak warna kuning sebenarnya tapi lepas dah tambah baik, colour dia lagi nampak cantik.

"Perkara ini kami belajar bertahun-tahun untuk buat dan sekarang kami dah jumpa cara untuk hasilkan croissant yang lebih baik," katanya di Instagram.

Menambah lagi tarikan, croissant Merdeka didatangkan dalam versi biasa dan inti krim puding dan karamel pisang.

 

 

Menu itu hanya boleh didapati pada bulan Ogos dan September sempena Bulan Kebangsaan.

Selain croissant Jalur Gemilang, Flour Crown juga memperkenalkan beberapa menu edisi khas Merdeka, antaranya mango lemon petit gateau, choconut nyioq petit gateau, ribbon croissant berinti pistachio ganache dan ban nasi lemak.

Tidak hanya pencuci mulut, Flour Crown juga mengeluarkan menu istimewa gabungan tempatan dan kreatif iaitu nasi goreng TRX iaitu nasi goreng bersama sate ayam, kuah kacang, keropok moni dan timun.

Ada juga nasi lemak ayam berempah iaitu pilihan klasik yang tak pernah mengecewakan. 

Jika anda berada di kawasan utara atau merancang ke Kedah, singgah sebentar ke Flour Crown dan raikan semangat Merdeka dengan cara yang paling manis dan rangup! — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram