Sistem tadahan air hujan, kitar semula air dobi amalan mampan di sebalik operasi resort lestari


  • Bisnes
  • Rabu, 10 Sep 2025

Sistem tadahan air hujan dipraktikkan di Shangri-La Rasa Ria Kota Kinabalu.

BIDANG hospitaliti di negara ini menyaksikan pelbagai usaha berterusan diambil pemain industri dalam meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.

Komitmen sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah menerajui amalan mampan dengan mendefinisikan semula konsep kemewahan melalui kelestarian.

Dipupuk hampir tiga dekad lalu, kepercayaan antara staf dan kepimpinan Shangri-La Rasa Ria Kota Kinabalu menjadi pendorong utama dalam perjalanan hotel itu ke arah gaya hidup mesra alam.

BACA LAGI: ‘Chemistry ngam' Najib dengan isteri, ibu mentua jadi resipi kejayaan Serai Group bertahan 15 tahun

BACA LAGI: Johor bina lintasan hidupan liar pertama di Kahang-Mersing, dijangka siap tahun 2028

Shangri-La Rasa Ria Pool Shot (Ocean Wing)

Pemandangan Shangri-La Rasa Ria Kota Kinabalu. — ESTHER CHANDRAN/The Star

Tahun lalu, resort dengan 494 bilik itu mencatat sejarah apabila menjadi hotel pertama di Malaysia dan pertama dalam Kumpulan Shangri-La di peringkat global yang menerima pensijilan ISO 21021 bagi pengurusan acara lestari.

Pensijilan antarabangsa itu mengiktiraf komitmen menyeluruh resort terhadap pemuliharaan alam sekitar, pemerkasaan komuniti setempat serta pelancongan bertanggungjawab.

Pengurus Besar Shangri-La Rasa Ria Kota Kinabalu, Fiona Hagan berkata, sejak awal lagi, kumpulan Shangri-La sentiasa menitikberatkan kepentingan komuniti.

“Kelestarian menjadi sebahagian daripada cara kami menjalankan perniagaan.

"Contohnya Polisi Makanan Laut Lestari Shangri-La; program Rooted in Nature memfokuskan bahan dalam rantaian bekalan tempatan,” katanya.

Program Embrace Rasa Ria pula, kata Fiona memberi tumpuan kepada pelaburan modal dan penambahbaikan kemudahan sekolah di daerah Tuaran.

“Sejak hotel dibuka pada 1996, kami menjalankan program Embrace bersama Jabatan Pendidikan dengan mengenal pasti keperluan sekolah-sekolah di Tuaran,” katanya.

Pada 2024, resort itu melabur sebanyak RM243,360 dalam aktiviti berkaitan Tadbir Urus Alam Sekitar, Sosial dan Korporat (ESG), dengan 63.9 peratus daripadanya disalurkan kepada program Embrace.

Langkah berkenaan memberi manfaat kepada lebih 60 murid melalui program pendidikan, penambahbaikan fasiliti serta aktiviti menarik seperti Hari Tenggiling Sedunia dan bengkel keselamatan makanan.

Pemerkasaan Komuniti

Terletak 34 kilometer (km) di utara Kota Kinabalu, Tuaran bukan sahaja sebuah bandar yang kaya dengan alam semula jadi dan warisan pelbagai budaya, malah ia juga menjadi lokasi Shangri-La Rasa Ria.

Resort seluas 162 hektar yang menghadap Laut China Selatan itu memiliki pantai persendirian sepanjang 3km, hutan simpan 25 hektar dan padang golf 18 lubang.

Fiona Hagan, General Manager.

Fiona berkata, 80 peratus kakitangan Shangri-La Rasa Ria berasal dari Tuaran.

Peluang untuk mengetuai resort itu pada 2017, memberikan Fiona rasa dekat dengan rumah.

“Saya memang meminati inisiatif membersihkan pantai dan sungai," katanya yang dibesarkan di Ballina di New South Wales, Australia.

Fiona yang dinobatkan sebagai Pengurus Besar Hotel Terbaik Malaysia di Travel and Leisure Luxury Awards Asia-Pacific 2025 berkata, 80 peratus kakitangan Shangri-La Rasa Ria berasal dari Tuaran.

Beliau melihat potensi untuk memberdayakan komuniti setempat agar menjadi penjaga alam sekitar mereka sendiri.

“Ramai pekerja kami tinggal dalam lingkungan 5km dari resort, malah ada yang kini sudah memasuki generasi ketiga bekerja di Rasa Ria," ujarnya.

Kecintaan mereka terhadap kampung halaman, bersama latar belakang Fiona sendiri, menjadikan usaha menyampaikan kepentingan menjaga alam sekitar lebih mudah.

“Di Rasa Ria, aktiviti pembersihan pantai yang dijalankan dua kali seminggu menjadi sebahagian daripada komitmen kami terhadap alam sekitar,” katanya.

"Ada masanya 50 hingga 70 staf kami tampil secara sukarela, terutama pada petang Jumaat," katanya.

Discovery Centre.

Shangri-La Rasa Ria Kota Kinabalu menjalankan program untuk mendidik tetamu resort mengenai fauna dan flora di Borneo.

Fiona mengimbas kembali satu pengalaman selepas tiga bulan berkhidmat di situ yang membawa kepada pemberhentian penggunaan straw plastik.

“Saya pernah tanya pasukan, ‘apa yang banyak kamu nampak di pantai?' dan ada yang menjawab, ‘banyak straw.’

"Daripada maklum balas itu, timbul cadangan supaya kami berhenti menyediakan straw plastik," katanya.

Isnin berikutnya, beberapa tetamu mengadu minuman mereka sampai tanpa straw.

"Apabila saya tanya dengan staf mengapa, mereka jawab, ‘kami sudah buat keputusan untuk tidak lagi menyediakan straw plastik.

"Saat itu saya sedar, staf saya tahu apa yang betul untuk dilakukan. Mereka faham, cuma perlu rangka kerja yang jelas," katanya lagi.

Penjagaan Alam Sekitar

Sebahagian besar usaha kelestarian resort dijalankan penting dalam melindungi persekitaran semula jadi.

Antaranya termasuk sistem tadahan air hujan, pemulihan air dobi, penjimatan tenaga elektrik dan pengurusan sisa makanan.

Botol kitar semula dimasukkan ke dalam mesin penghancur kaca yang menukarkannya menjadi pasir.

Pada 2024, usaha kitar semula berjaya menyumbang kepada kadar pengalihan sisa 63.21 peratus daripada tapak pelupusan.

Botol kaca dari restoran dihancurkan menggunakan mesin lama menjadi pasir halus, yang kemudian digunakan semula untuk landskap dan pembinaan di resort.

Pengarah ESG Shangri-La Rasa Ria, Yvonne Sipain pula berkata, inisiatif menggalakkan penduduk setempat menghantar botol kaca turut memperluas komitmen kelestarian kepada komuniti.

Hotel itu juga menjadi penjaga hidupan liar dalam hutan pesisir yang menjadi sebahagian daripada kawasan perlindungan Borneo.

Dengan kerjasama organisasi alam sekitar tempatan, ia menyokong pemantauan biodiversiti, perlindungan habitat serta program kesedaran untuk melindungi spesies jarang ditemui, termasuk usaha konservasi tenggiling.

“Bertahun-tahun dahulu, pihak hotel pernah bekerjasama dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah dalam usaha pemuliharaan orang utan.

"Hari ini, mereka menambah baik laluan hutan untuk aktiviti pendidikan dan konservasi," katanya.

Pengunjung yang bangun awal boleh mendaki 98 meter ke puncak Timpak Pogimpaan bersama pemandu, menyaksikan matahari terbit dengan panorama Gunung Kinabalu di kejauhan.

Sunrise Hike.

Panorama matahari terbit dari puncak Timpak Pogimpaan.

Platform CSR & Usahawan Tempatan

Keindahan landskap semula jadi resort itu turut menjadi platform menganjurkan acara berteraskan kelestarian sambil membuka peluang kepada perniagaan tempatan mempamerkan produk mereka.

Pihak hotel bekerjasama dengan penggiat seni dan peniaga Sabah, mempamerkan kraf tangan serta tekstil tradisional di resort bagi menjana peluang pendapatan.

Inisiatif seperti projek Sarimpak Robe bersama Changgih Designs, serta kerjasama jahitan dengan komuniti Tuaran dan Tamparuli, mencipta pendapatan mampan sambil memelihara warisan kraf.

Resort itu turut melibatkan tetamu melalui program pendidikan dan pengalaman hijau, mendorong mereka menjadi peserta aktif dalam penjagaan alam sekitar.

“Perjalanan kelestarian kami sentiasa berakar umbi dalam komuniti Rasa Ria, Pantai Dalit dan Tuaran.

"Pengetahuan, tradisi dan sokongan tidak berbelah bahagi komuniti inilah yang menginspirasikan kami untuk melangkaui sekadar hospitaliti," kata Fiona.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shangri-la.com/kotakinabalu/rasariaresort. — The Star/ ESTHER CHANDRAN

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram