
JAMBATAN pejalan kaki ikonik empat hala di George Town berdekatan Komtar, yang digelar 'jambatan sotong' oleh warga tempatan, sekali lagi bakal meriah dengan penganjuran 'pop-up market' selepas kejayaan sulungnya pada bulan Ogos lalu.
Program itu dianjurkan oleh Pinang Lang Life Story Service dengan sokongan kerajaan negeri, itu akan menampilkan pelbagai barangan kraf tangan, hasil seni artisanal serta sajian jalanan.
Pengasasnya, Daniel Tan berkata, penganjuran kali ini bertemakan 'Octovibe: Our Time, Our Story' yang meraikan kekayaan budaya serta warisan Pulau Pinang.
BACA LAGI: Sistem tadahan air hujan, kitar semula air dobi amalan mampan di sebalik operasi resort lestari
BACA LAGI: ‘Chemistry ngam' Najib dengan isteri, ibu mentua jadi resipi kejayaan Serai Group bertahan 15 tahun
Jambatan yang menghubungkan Jalan Penang, Jalan Dr Lim Chwee Leong dan Jalan Burma ini kelihatan seperti sotong dari pandangan atas. — The Star
Dari pandangan atas, mercu tanda bandar itu kelihatan seperti sotong, walaupun hanya mempunyai empat laluan.
Acara tersebut dijadualkan berlangsung pada 27 September, dari pukul 6 petang hingga 10 malam.
Menurut Daniel, lokasi unik itu sangat sesuai untuk menarik pelancong serta mempromosikan produk tempatan.
“Luangkan masa bersama rakan-rakan, keluarga dan sanak saudara untuk hari penuh memori, muzik dan suasana indah ketika matahari terbenam,” katanya.
Daniel turut menggalakkan lebih ramai peniaga menyertai acara itu kerana edisi pertama bertemakan 'Sunset to Sound' pada 2 Ogos lalu berjaya mengumpulkan 20 peniaga.
Acara tersebut menerima sambutan menggalakkan daripada kira-kira 200 pengunjung.
“Ramai pengunjung memberitahu mereka hanya dapat tahu tentang acara itu pada saat-saat akhir kerana publisiti yang terhad,” jelasnya.
Bagaimanapun, para peniaga berjaya menampung kos dan menantikan peluang untuk kembali berniaga menerusi edisi seterusnya.
Pop-up market itu juga merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk menghidupkan semula pusat bandar dengan menggalakkan penggunaan jambatan pejalan kaki itu serta merancakkan aktiviti ekonomi.
“Dengan lebih ramai orang menggunakan ruang ini, kita berharap ia dapat mengurangkan vandalisme dan meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap penjagaan fasiliti awam,” tambah Daniel.
Jambatan itu dibina oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada tahun 1993 dengan kos RM1.25 juta, menghubungkan Jalan Penang, Jalan Dr Lim Chwee Leong dan Jalan Burma.
Dari pandangan atas, mercu tanda bandar itu kelihatan seperti sotong, walaupun hanya mempunyai empat laluan.
Pada awal 2000-an, jambatan itu berdepan masalah penyelenggaraan dan keselamatan, selain menjadi tumpuan kecurian, melepak dan vandalisme hingga membuatkan ramai orang mengelaknya.
Walaupun kerja naik taraf bernilai RM6 juta dijalankan dari 2015 hingga 2017 dengan penambahan eskalator, lif, kamera litar tertutup (CCTV) dan lampu, aduan mengenai kerosakan serta kebersihan tetap berterusan.
Keadaan itu mencetuskan perdebatan awam sama ada jambatan tersebut patut dirobohkan atau dikekalkan. — The Star/ LO TERN CHERN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram