Manik Sarawak cetus minat bekas auditor dari Rawang hasilkan aksesori artisan berjiwa merdeka


  • Bisnes
  • Sabtu, 30 Ogos 2025

Anting-anting bunga raya rekaan Sharmila sempena Hari Kebangsaan ke-68. — AZLINA ABDULLAH/The Star

BERSEMPENA sambutan Hari Kebangsaan ke-68, seorang penggiat kraf tangan, Sharmila Kaur, 46, memilih untuk meraikannya dengan cara yang cukup istimewa menerusi sepasang anting-anting hasil rekaan sendiri.

Aksesori daripada manik itu diinspirasikan daripada bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia.

Bagi Sharmila, bunga raya bukan sekadar simbol patriotik, bahkan ia melambangkan kekuatan, kecantikan dan ketahanan.

BACA LAGI: [VIDEO] Comel berbaju kurung moden, idea 'last minute' ibu siapkan 3 puteri kembar raih pujian

BACA LAGI: Keindahan perhiasan warisan, warna-warni perpaduan negara hiasi bazar sempena Hari Kebangsaan

Beard crafter Sharmila Kaur.—AZHAR MAHFOF/The Star

Sharmila percaya bahawa sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan kreatif jika ada kemahuan. AZHAR MAHFOF/The Star

“Kelopak bunga raya yang berwarna merah mengingatkan saya kepada kasih sayang dan perpaduan.

"Sesiapa yag memakainya akan merasai semangat Malaysia bersama mereka,” katanya ketika ditemui di Rawang.

Anting-anting rekaan Sharmila tidak terhad kepada bunga raya sahaja.

Dia turut mendapat inspirasi daripada songket, batik, ketupat, jubin Peranakan dan corak kelarai yang kesemua motif tersebut mewakili kepelbagaian budaya dan warisan Malaysia.

“Setiap elemen budaya ini saya gabungkan dalam rekaan untuk mempromosikan identiti Malaysia yang unik.

"Saya bangga bila warisan kita dapat diabadikan dalam bentuk aksesori," katanya.

Minat Sharmila terhadap manik bertambah mendalam selepas mengunjungi Kuching pada 2017. — AZHAR MAHFOF/The Star

Koleksi rekaan flora dan fauna pula termasuk reka bentuk berasaskan bunga kertas (bougainvillea), pokok keladi (caladium), bunga myosotis (forget-me-not), rama-rama Rajah Brooke, ular dan juga bulu merak.

Sebelum menjalankan perniagaannya kraf manik secara sepenuh masa, Sharmila pernah bekerja sebagai juruaudit selama 14 tahun.

Pada 2000, dia mengambil keputusan besar untuk meninggalkan kerjaya demi mengejar minat dalam seni kraf tangan.

“Saya bukan tak suka kerja itu tapi saya tak boleh bayangkan menjalani kehidupan sebagai auditor hingga hujung hayat.

"Saya impikan hidup yang seimbang antara kerja dan kehidupan peribadi.

"Keputusan itu bukan mudah, ia agak berisiko tapi nekad.

“Saya fikir, kalau berjaya, saya bernasib baik tapi kalau gagal, saya boleh cari kerja semula.

"Bersyukur juga kerana saya ada suami yang banyak beri sokongan serta dorongan," katanya.

Beard crafter Sharmila Kaur.—AZHAR MAHFOF/The Star

Sharmila membuat reka bentuk menggunakan perisian digital Sketchbook. — AZHAR MAHFOF/The Star

Kongsi Sharmila, sebelum dia menghasilkan anting-anting manik sendiri, dia pernah menjual beg crochet buatan tangan dari Mexico.

“Jualan masa itu sangat menggalakkan. Dari situ saya dapat keyakinan untuk ceburi perniagaan barangan buatan tangan,” ujarnya.

Hanya semasa Sharmila tercari-cari idea untuk produk baru, suaminya memberi satu saranan yang membuka satu perspektif berbeza.

“Dia kata cuba hasilkan sesuatu sendiri, belajar kemahiran baharu dan tidak bergantung kepada produk orang lain.

"Dan saya sedar, saya memang suka anting-anting. Jadi kenapa tak buat sendiri subang manik?” tambahnya.

Lifestyle cover photoshoot of Mrs Sharmila who has made Malaysian-themed beaded earrings for Merdeka story. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Setiap pasang anting-anting memakan masa antara 3 hingga 10 jam bergantung kepada tahap kerumitan reka bentuk.  — AZLINA ABDULLAH/The Star

Minatnya terhadap manik bertambah mendalam selepas mengunjungi Kuching, Sarawak pada tahun 2017.

“Seni manik kaum peribumi di sana sangat menakjubkan – berwarna-warni, ada identiti dan gaya tersendiri.

"Memang dari dulu saya impikan untuk hasilkan barang kemas dari manik. Kini impian tu dah jadi kenyataan," tuturnya.

Sharmila belajar teknik sulaman manik seperti ladder stitch, brick stitch dan herringbone stitch melalui video tutorial di YouTube.

Dia membuat reka bentuk menggunakan perisian digital Sketchbook.

Setiap pasang anting-anting memakan masa antara 3 hingga 10 jam bergantung kepada tahap kerumitan reka bentuk.

Beard crafter Sharmila Kaur.—AZHAR MAHFOF/The Star

Manik dalam kemasan matte, metalik dan lutsinar digunakan dalam pembuatan aksesori. — AZHAR MAHFOF/The Star

Dia menggunakan manik berkualiti tinggi berjenama Toho dan Miyuki dari Jepun, yang datang dalam pelbagai saiz antara 1.5 hingga 2mm, dalam kemasan seperti matte, metalik dan lutsinar.

“Saya suka semua jenis manik. Lagi banyak, lagi bagus! Saya beli dari Sarawak, Kuala Lumpur dan pembekal online dari China," katanya.

Kini, akaun Instagramnya @beadit.bysharmk menjadi platform untuk mempamerkan hasil kerjanya.

Sharmila percaya bahawa sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan kreatif jika ada kemahuan.

“Kena kukuhkan kemahiran dulu, sabar belajar dan rancang strategi jenama dengan jelas. Jangan takut nak mencuba dan sentiasa tolak sempadan kreativiti," ujarnya. — The Star/ SHEELA CHANDRAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram