Allahyarham Rozaid Abdul Rahman penerima Anugerah Khas Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2024


  • Massa
  • Jumaat, 20 Jun 2025

Allahyarham Datuk Rozaid Abdul Rahman, diangkat sebagai penerima Anugerah Khas Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2024.

BEKAS Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO) Allahyarham Datuk Rozaid Abdul Rahman, diangkat sebagai penerima Anugerah Khas Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2024 pada Malam Wartawan Malaysia 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Anugerah disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir kepada anak sulung Allahyarham, Roz Ariffin, 34, dalam majlis penuh istimewa di Majestic Hotel, Kuala Lumpur. 

Rozaid, meninggal dunia pada 18 Ogos 2024 akibat serangan jantung, dikenang sebagai tokoh berpengaruh dalam dunia kewartawanan negara dengan pengalaman melebihi empat dekad dalam industri media.

BACA LAGI : 'Bukan sekadar wartawan, tapi sahabat sejati', PM Anwar kenang Allahyarham Rozaid Rahman sempena Hawana 2025

BACA LAGI : Ayah minta beli kaca mata hitam sebab silau, masih mahu ambil tahu perkembangan berita — anak Allahyarham Rozaid

The late Rozaid Abdul Rahman receiving the special award during the Malaysian Press Institute (MPI)-PETRONAS Malaysian Journalism Awards (HKM) 2024 at The Majestic Hotel in Kuala Lumpur last night. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Allahyarham Rozaid Abdul Rahman pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian dan Pengarang Perunding Kumpulan di The Star.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian dan Pengarang Perunding Kumpulan di The Star.

Dilahirkan pada 1 Oktober 1964 di Nibong Tebal, Pulau Pinang, Allahyarham memulakan kerjayanya sebagai wartawan kadet di akhbar Utusan Melayu pada 21 April 1984.

Pada usia 27 tahun, Allahyarham mencatat sejarah sebagai editor berita termuda dalam Kumpulan Utusan.

Terdahulu, Allahyarham turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2025 bersempena dengan kemuncak sambutan yang berlangsung pada 14 Jun lalu.

Anugerah itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis penuh istimewa di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram