Jangan jadikan pemandu 'kambing hitam', wujudkan satu akta khas elak tragedi nahas UPSI berulang — Pakar


  • Berita
  • Rabu, 11 Jun 2025

TRAGEDI menyayat hati yang mengorbankan 15 nyawa dalam nahas bas ekspres di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik, Perak pada Isnin, sekali lagi membuka mata pihak berkuasa mengenai kelemahan sistem keselamatan jalan raya di negara ini.

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Law Teik Hua berkata, insiden itu jelas menunjukkan tiga aspek utama yang perlu segera diperbaiki  yang melbatkan struktur jalan, keselamatan kenderaan dan kebajikan pemandu.

"Kita tidak boleh anggap ini sebagai kemalangan biasa. Ia tragedi besar yang perlu dijadikan amaran. Kalau tiga aspek ini tidak diperbaiki, sejarah akan terus berulang," katanya kepada Majoriti.  

BACA LAGI : 'Orang' ke-3, faktor ekonomi antara punca pertikaian tuntutan harta makin meningkat

BACA LAGI : Keluarga mangsa nahas bas UPSI dapat bantuan tambahan RM10,000

Mengulas mengenai lokasi kejadian, beliau menjelaskan JRTB sebenarnya ialah laluan persekutuan lama yang tidak direka untuk kelajuan tinggi atau kenderaan berat seperti bas ekspres.

"Struktur jalan itu sempit, berselekoh tajam dan kawasan sekelilingnya berhutan. Risiko bahaya sangat tinggi, lebih-lebih lagi pada waktu malam atau cuaca buruk

"Saya difahamkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) ada mencadangkan pemasangan lampu jalan solar. 

"Secara asasnya cadangan itu baik, tetapi perlu dinilai kesesuaiannya," jelasnya.

Pakar keselamatan jalan raya, Prof Madya Dr Law Teik Hwa

Pakar keselamatan jalan raya, Prof Madya Dr Law Teik Hwa 

Menurut beliau, cadangan pemasangan lampu jalan solar oleh pihak berkuasa berniat baik, tetapi kurang praktikal.

"Cahaya terang boleh menarik haiwan liar seperti gajah dan harimau, selain lampu solar bergantung kepada cuaca. Bila hujan lebat, sistem gagal berfungsi," katanya.

Sebaliknya, Dr Law mencadangkan agar '