[VIDEO] 15 maut bas bawa pelajar UPSI terlibat kemalangan di Gerik


  • Kes
  • Isnin, 09 Jun 2025

Kemalangan membabitkan bas UPSI dan sebuah MPV di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik.

SEKURANG-KURANGNYA 15 orang disahkan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sulan Idris (UPSI) di Gerik, awal pagi Isnin.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 1 pagi itu melibatkan sebuah bas dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di  Lebuh Raya Timur-Barat Gerik-Jeli.

Dalam kejadian tersebut, bomba berkata, seramai 45 orang menaik bas berkenaan dengan 43 daripadanya merupakan 43 pelajar UPSI selain seorang pemandu dan seorang pembantu manakala kereta Alza pula dinaiki oleh empat orang.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu 'lalok' rempuh kereta di Kluang sudah ditahan, ada 3 rekod jenayah — Polis

BACA LAGI: [VIDEO] Khaby Lame ditahan di Las Vegas

Tambahnya, akibat pelanggaran kedua-dua kenderaan, bas tersebut telah terbalik dan kereta telah terbabas ke dalam parit.

"Seramai 49 mangsa terlibat dalam kemalangan itu dengan 13 daripadanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi di Hospital Gerik.

"Seramai 32 orang cedera (mangsa dari bas) dan tiga mangsa dari Perodua Alza mengalami kecederaan ringan dan seorang mangsa mengalami patah tangan," tambah laporan itu.

Difahamkan, seramai tujuh mangsa ditempatkan di zon merah, 20 di zon kuning dan enam lagi di zon hijau. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram