[VIDEO] Detik cemas helikopter hampir terhempas, pilot muncul wira selamatkan 5 penumpang di India


  • Benua
  • Ahad, 08 Jun 2025

Lima selisih maut termasuk seorang juruterbang selepas helikopter yang mereka naiki terpaksa melakukan pendaratan cemas di tengah jalan raya berhampiran Guptkashi dekat Uttarakhand, India.

SEBUAH helikopter persendirian milik Krestel Aviation Private Limited terpaksa melakukan pendaratan cemas di tengah jalan raya berhampiran Guptkashi dekat Uttarakhand, India petang Sabtu.

Memetik laporan berita antarabangsa, DeccanHerald, helikopter tersebut terpaksa membuat pendaratan selepas mengalami kerosakan teknikal tidak lama selepas berlepas.

Dalam isiden yang berlaku sekitar pukul 12:52 tengah hari itu, helikopter berkenaan dalam perjalanan dari pangkalan Badasu menuju ke Shri Kedarnath Dham, membawa lima penumpang.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu 'lalok' rempuh kereta di Kluang sudah ditahan, ada 3 rekod jenayah — Polis

BACA LAGI: [VIDEO] Khaby Lame ditahan di Las Vegas

Menurut Pegawai Pembangunan Pelancongan Daerah dan Pegawai Nodal Perkhidmatan Helikopter, Rahul Chaubey, helikopter itu mengalami masalah teknikal pada sistem kawalan kolektif yang disyaki tersangkut ketika berlepas.

"Namun, juruterbang Kapten RPS Sodhi bertindak pantas dengan melakukan pendaratan kecemasan terkawal di atas jalan berhampiran helipad, sekali gus mengelakkan kemalangan lebih serius.

"Juruterbang berjaya mengesan masalah tersebut tepat pada masanya dan melakukan pendaratan kecemasan di jalan kosong berdekatan," jelas Chaubey.

 

 

 

 

Menurut Chaubey lagi, ekor helikopter tersebut menghentam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan, menyebabkan kerosakan pada kenderaan itu.

"Namun, keadaan segera dikawal oleh pihak berkuasa dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

"Kesemua lima penumpang di dalam helikopter tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala Kapten Sodhi hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital selepas mengadu sakit belakang.

"Pihak berkuasa tempatan bertindak cepat dengan menghantar pasukan ke lokasi kejadian dan mengalihkan helikopter dari tengah jalan, memastikan aliran trafik kembali lancar.

"Kecekapan dan kewaspadaan juruterbang berjaya mengelakkan kejadian yang lebih buruk," tambah Chaubey.

Dalam pada itu, operasi ulang-alik helikopter di kawasan tersebut tidak terjejas dan diteruskan seperti biasa selepas insiden itu.

Terdahulu, tular satu video memaparkan sebuah helikopter terhempas di laman media sosial sehingga ada yang mendakwa kejadian tersebut berlaku di Indonesia. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram