
POLIS berjaya menahan pemandu kereta Perodua Kelisa yang disyaki membawa lari seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) di Taman Rambai Idaman, Melaka pada Sabtu minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, lelaki yang juga peniaga berusia 40 tahan itu ditahan kira-kira pukul 4 pagi Isnin di kawasan Jalan Jati, Sungai Petani, Kedah.
Christopher berkata, suspek yang merupakan penduduk di kawasan itu mengaku membawa gadis berumur 18 tahun tersebut untuk bersiar-siar di Seremban, Negeri Sembilan; Ipoh, Perak; Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Baling, Kedah.
BACA LAGI: Gadis OKU hilang lepas keluar main di taman permainan, kali terakhir dilihat masuk Kelisa
BACA LAGI: Sempat balas 'i love you', suami pergi selamanya, suasana raya ibu tunggal tidak lagi sama
"Semakan mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah, dan soal siasat juga mendapati gadis itu tidak mengenali suspek.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dengan salah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini, mangsa, Nurin Wardina Hairi dilaporkan hilang selepas keluar bermain di taman permainan di Taman Rambai Idaman.
Ibu mangsa juga melihat anaknya keluar rumah untuk bermain di taman permainan berhampiran sekitar pukul 3 petang.
Mangsa juga dilihat memasuki kereta Perodua Kelisa berwarna perak yang diparkir berhampiran dalam keadaan mencurigakan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram