
POLIS Indonesia sedang menyiasat satu kes melibatkan penculikan dan kekerasasn terhadap seorang pelancong Ukraine yang dilakukan sekumpulan lelaki dipercayai warga Rusia di Bali.
Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku di Kuta Selatan Kabupaten Badung pada 15 Disember lalu itu, mangsa dilaporkan turut diminta wang tebusan sebanyak 3.2 miliar juta rupiah (RM865,437).
Video mengenai kejadian tersebut turut tular pada minggu ini yang menyaksikan kenderaan dinaiki mangsa dihalang secara tiba-tiba oleh sebuah kereta berwarna hitam.
BACA LAGI: Tiga pesan guru ditemui ketika umrah jadi kekuatan Ikhlas bangunkan platform mesra Muslim
Tidak sampai beberapa saat, empat lelaki berpakaian hitam dan bertopeng muka dilihat keluar daripada kereta terbabit dengan bersenjata tajam dan pistol.
Salah seorang suspek turut mengacukan pistol kepada mangsa yang dikenali sebagai Igor Iermakov.
Ketika kejadian, kenderaan dinaiki mangsa turut dipandu oleh jurupandu tempatan.
Seorang turis asal Ukraina berinisial I (48) mengalami penculikan dan penganiayaan oleh sekelompok pelaku bertopeng di kawasan Kuta Selatan, Kabupaten Badung, Bali. Korban yang sedang dalam perjalanan pulang tiba-tiba dihadang oleh geng bersenjata yang berpakaian serba hitam.... pic.twitter.com/NOZuS84iPI
— tvOnenews (@tvOneNews) January 30, 2025
Dalam pada itu, difahamkan, ketika insiden, mangsa kemudiannya di bawa ke sebuah vila di daerah Jimbaran sebelum berpindah ke kawasan Ubud Gianyar.
Semasa ditahan oleh kumpulan terbabit, mangsa telah digari dan didera serta turut dipaksa memindahkan simpanan wang kriptonya sebanyak RM865,437 untuk dipindahkan ke akaun suspek.
Selepas transaksi selesai, mangsa ditinggalkan dalam keadaan terikat di dalam vila terbabit.
Dia bagaimanapun berjaya melepaskan diri sebelum ditemui penduduk dalam keadaan tercedera di tepi jalan.
Ekoran daripada itu, Igor meminta Polis Indonesia untuk segera menyelesaikan siasatan terhadap kes tersebut.
Dia juga merancang untuk mengambil tindakan undang-undang dan usaha diplomatik bagi mendapatkan keadilan.
Dalam pada itu, wakil polis, Senior Komisioner Ariasandy dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan kes tersebut masih dalam siasatan.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan mengenai status penahanan suspek terlibat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram