
SEORANG warga emas berusia 63 tahun ditembak mati oleh polis dalam satu insiden tembakan di Taman Molek, Johor Bahru pada awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, suspek melepaskan tembakan terlebih dahulu ke arah anggotanya yang melakukan rondaan di kawasan tersebut sekitar 3.10 pagi.
Kumar berkata suspek yang sedang menunggang motosikal jenis Honda Vario itu berada dalam keadaan mencurigakan.
BACA LAGI: [VIDEO] Tetak pekerja kedai nasi kandar sampai mati, polis cari 4 suspek di Tasek Gelugor
BACA LAGI: Berang kena 'dump', wanita tempatan komplot dengan rakan culik kekasih warga Sri Lanka
"Polis kemudian mengekori dan berjaya menahan motosikal itu di kawasan berhampiran.
"Ketika anggota polis hendak keluar bagi membuat pemeriksaan, tiba-tiba penunggang motosikal melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan polis berbalas tembakan untuk mempertahankan diri sehingga keadaan selamat," katanya.
Kumar turut mengesahkan yang suspek mati di tempat kejadian mempunyai 14 rekod jenayah lampau termasuklah berkaitan dadah.
Pihak menemui sepucuk pistol jenis Smith & Wesson dan empat peluru dan dua kelongsong peluru di lokasi kejadian.
Kumar berkata suspek masih lagi dalam senarai buruan polis mempunyai rekod dibawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Akta Senjata 1960.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram