[VIDEO] Kereta terbabas masuk parit, mangsa berenang selamatkan diri di Sungai Besar


  • Tular
  • Ahad, 16 Mac 2025

Kereta jenis Range Rover itu terbabas ke dalam parit di Sungai Besar, Selangor.

SEBUAH kereta berdepan masa sukar apabila ia terbabas lalu terhumban ke dalam sebuah parit di Sungai Besar, Selangor.

Kejadian yang berlaku pada Sabtu itu melihatkan kereta jenis Range Rover itu terbabas ke dalam parit di Parit 11 Timur.

Semasa kejadian tersebut, seorang mangsa dipercayai pemandu kereta tersebut dikatakan terpaksa berenang untuk meyelamatkan diri.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu lori 23 tahun bawa kontena senget di Lebuhraya ELITE boleh didenda sehingga RM2,000

BACA LAGI: [VIDEO] Maine Coon terlepas masuk semak cubaan 'culik' gagal, pemilik rayu bantu cari kucing hilang

Menurut laporan, mangsa dikatakan cedera namun ia tidaklah begitu serius. Namun begitu, keretanya perlu diangkat menggunakan menggunakan kren.

Kren diperlukan untuk mengangkat kereta tersebut dan membawanya keluar dari kawasan parit itu.

Insiden itu tidak melibatkan kenderaan semasa ia berlaku. Malah, ia tidak melibatkan individu lain semasa kereta tersebut terbabas ke dalam parit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram