[VIDEO] Maine Coon terlepas masuk semak cubaan 'culik' gagal, pemilik rayu bantu cari kucing hilang


  • Tular
  • Sabtu, 15 Mac 2025

Tangkap layar video seorang lelaki memecah masuk dan cuba mencuri seekor kucing di sebuah rumah di Taman Jaya Mas, Johor, pada Khamis.

SEORANG pemilik kucing merayu orang ramai agar membantu mencari kucing kesayangannya, seekor Maine Coon, yang dipercayai hilang selepas cuba dilarikan oleh individu tidak dikenali di Taman Jaya Mas, Johor baru-baru ini.

Menurut pemilik kucing tersebut, Cindy Xloozie dalam kejadian yang berlaku pada Khamis lalu, haiwan kesayangannya itu dilarikan seorang individu yang menceroboh masuk ke kediaman rumahnya.

"Tolong share, tiga orang menceroboh kediaman Kami di Jaya Mas, Johor untuk mencuri Kucing jenis Maine coon.

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki pukul pelajar sehingga berdarah di Kajang sudah ditahan, Caprice dedah individu yang sama pernah tampar 2 budak lelaki tahun lalu

BACA LAGI: [VIDEO] Perompak bertopeng dan berparang mati ditembak di Sepang berbahaya, guna MO pulang ke negara asal lepas buat jenayah — Polis

"No kenderaan JQU**** adalah nombor palsu. Jika sesiapa terjumpa atau terbeli kucing seperti di bawah, tolong kembalikan," tulisnya.

Menurut Cidy lagi, haiwan peliharaanya itu dipercayai serjaya melepaskan diri dari suspek dan terlepas ke kawasan semak berhampiran.

Namun, cubaan mencari di sekitar kawasan kejadian namun masih belum menemui kucing mahal kesayangannya itu.

Sehubungan itu, pemilik kucing terbabit merayu kepada sesiapa yang menemui kucing tersebut untuk segera menghubunginya.

"Saya amat berharap sesiapa yang ternampak atau menemui kucing saya dapat menghubungi saya dengan segera,” ujarnya.

Cindy turut memuat naik beberapa video dan gambar berhubung kejadian tersebut.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram