
SUDAH menjadi kebiasaan buat masyarakat negara berpusu-pusu mendapatkan juadah lemang sebagai menu wajib di pagi raya Aidilfitri.
Dinikmati bukan sahaja dalam kalangan Melayu, malah bangsa lain turut menggemari juadah itu di samping rendang ayam dan kuah kacang sebagai pelengkap hidangan tersebut.
Namun, keunikan dan inovasi ditampilkan seorang peniaga di Kerian, Perak ini mencuri perhatian warga maya yang amat mengagumi cara penyediaan lemang di premisnya.
BACA LAGI: [VIDEO] Jalan TAR kecoh lagi libat penguat kuasa DBKL, peniaga
Mencipta sejenis mesin guling berteknologi tinggi, perkakas itu membolehkan lemang itu dimasak rata dari setiap sudut.
[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]
Langkah itu bertujuan bagi mengelakkan juadah tersebut daripada separuh masak dan hangit di bahagian luar.
Warga maya di laman sosial rata-ratanya meluahkan rasa kagum dan sokongan terhadap inovasi dilakukan peniaga tersebut.
"Bijak, lemang pun masak sekata dan dapat jimat tenaga tak payah nak perhati lama pusingkan setiap masa," kata Syafullah.
"Macam ni baru sedap, lemang tu masak sekata, kalau tak, ada yang hangit, mentah bagai dah lah jual mahal sekarang, pembeli tertipu je selalu," ujar Ahmad Fazidz.
"Inovatif, terbaik orang Perak, biar jadi trend ikutan semua peniaga elak kes tipu di bazar," tambah Alisha. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram