
KEKECOHAN yang berlaku melibatkan peniaga dan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Jumaat menimbulkan pelbagai persoalan kepada orang ramai.
Ia selepas tularnya video memaparkan tindakan kasar yang dilakukan penguat kuasa DBKL terhadap seorang peniaga belon di Jalan Tun Abdul Razak (TAR), Kuala Lumpur.
Tindakan tegas untuk membanteras peniaga tanpa lesen itu bagaimanapun tidak dapat dinafikan sememangnya tugas pihak berkuasa.
BACA LAGI: [VIDEO] Jalan TAR kecoh lagi libat penguat kuasa DBKL, peniaga
BACA LAGI: [VIDEO] Geseran, bahang dalam bonet boleh jadi punca kereta bawa mercun terbakar di Manjung
Namun, isu mula timbul apabila langkah digunakan DBKL yang dikatakan terlalu kasar dan tiada kompromi terutama kepada peniaga tempatan.
Tidak terlepas melihat situasi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tampil untuk menuntut keadilan buat peniaga terbabit.
"Besar sangat ke kesalahan abang jual belon ini sampai begitu sekali diperlakukannya?
"Mohon sesiapa mengenali abang belon, maklum kepada saya supaya peguam pemuda Umno akan tuntut keadilan.
"Kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa tolong jawab dan pantau apa yang telah dilakukan oleh penguat kuasa DBKL ini," gesanya.
Gesaan itu turut disokong rata-rata warga maya lain yang dilihat terkesan dengan tindakan DBKL.
"Salah tetap salah, itu fakta. Tetapi tengok cara penyelesaian itu agak kasar dan paling sedih apabila ini tidak berlaku pun pada warga asing," komen Wan SilentKiller.
"Penguat kuasa ini tiada lesson learn daripada beberapa kejadian yang tular sepanjang bulan Ramadankah?
"Tidak bolehkah ambil pendekatan untuk tangguh dahulu operasi penguatkuasaan ke atas peniaga ini," saran Abe Min.
"Alangkah bagusnya kalau tenaga yang sama boleh digunakan untuk membanteras peniaga asing yang tidak berlesen sepanjang tahun contohnya di Selayang, Selangor atau Bukit Bintang, Kuala Lumpur," tambah Khairul Azri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram