
MENJELANG Aidilfitri, platform media sosial cukup meriah dengan video ucapan raya kreatif bukan sahaja dalam kalangan penggiat seni, malah masyarakat awam juga turut sama berkarya memeriahkan sambutan tersebut.
Iklan raya, video ucapan dan drama pendek antara yang paling kerap menghiasi laman sosial saban tahun.
Namun, lain pula ceritanya bagi warga Sekolah Kebangsaan (SK) Polis Kem Kulai Johor ini apabila tampil unik menghasilkan sebuah video parodi sempena Aidilfitri kelak.
BACA LAGI: [VIDEO] Menjelang Ops Aidilfitri, lori sakan kejar 'trip raya' tak peduli keselamatan pengguna jalan
Melibatkan hampir keseluruhan warga sekolah termasuk tenaga pengajar dan murid, tukang kebun serta petugas pembersihan juga turut bersatu hati melakonkan video parodi raya berkenaan.
Memuat naik video itu di laman Facebook pada Jumaat, hantaran itu tular dalam kalangan warga maya dan rata-ratanya memuji usaha serta kreativiti ditampilkan menerusi video tersebut.
[KLIK VIDEO UNTUK TONTON VIDEO]
Segelintir pihak berpendapat bahawa inisiatif itu wajar diberikan perhatian oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai penghargaan buat sekolah tersebut.
"KPM dah boleh pertimbangkan insentif pada sekolah yang aktif untuk program kesedaran di media sosial," kata Liza Yahaya.
"Bagus SK Kem Pulai ni, kreatif buat video raya, tahniah kepada para guru dan warga sekolah memang bersatu hati terlibat sama dalam video tahun ni, harap jadi ikutan sekolah lain," ujar Haziq Midin.
"Kalau KPM ambil serius, boleh dipertandingkan setiap tahun bagi sekolah-sekolah, hadiah bagi dana sumbangan untuk naik taraf sekolah kan lagi bagus," tambah Zurin.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama SK Polis Kem Kulai memuat naik video raya dengan tahun-tahun lalu turut melihatkan pelbagai hasil kreatif dihasilkan warga sekolah tersebut.
Mendapat sokongan penuh masyarakat awam, inisiatif itu dilakukan hasil kerjasama baik diberikan pihak guru termasuk sokongan ibu bapa murid di sekolah berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram