
PENGINAPAN di hotel ataupun bilik sewa Airbnb sepatutnya menjadi lokasi selamat buat individu berehat semalaman.
Namun, destinasi itu kian mengundang rasa takut masyarakat susulan lambakan kes kecurian dan wanita yang menjadi mangsa 'skodeng' di bilik hotel.
Terbaharu, seorang pemuda merungkai modus operandi di sebuah hotel di ibu negara dipercayai bertujuan melakukan perbuatan tidak bermoral.
BACA LAGI: [VIDEO] Menjelang Ops Aidilfitri, lori sakan kejar 'trip raya' tak peduli keselamatan pengguna jalan
Mendedahkan maksud tersirat di sebalik posisi meja cermin dalam bilik penginapan, sebuah lubang kecil didapati tersembunyi membolehkan mangsa diintai dari ruang kamar sebelah.
Korang yang selalu check in hotel atau airbnb tu, checklah dekat cermin tu. Takut jadi macam brader ni.
Nasib boleh tukar bilik lain. Cuma apa fungsi pihak hotel buat macamtu sebenarnya?pic.twitter.com/xYEiTRHaFV
— kamaghul deghaman (@kamaghul) March 24, 2025
Menyedari situasi itu, lelaki berkenaan terus memohon pertukaran bilik hotel dan berkongsi video terbabit di laman X (Twitter) pada Rabu.
Kebetulan ataupun dirancang, rata-rata warga maya menyifatkan ia sebagai taktik kotor pemilik premis hotel yang cuba menceroboh privasi individu.
"Memang bahaya kalau cermin depan katil ni, kena periksa betul-betul takut ada kamera tersorok, saya selalu tutup dengan tuala," kata Mellyy.
"Hotel sekarang tak takut hantu, tapi takut kena intai kamera, seram lagi daripada kes mistik," ujar Tyra.
"Apa nak di tengok orang sebelah tukar baju, elok saman je hotel ni tak pantau keselamatan pelanggan," tambah Mohd Hairol.
Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kes terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta tampil ke balai berhampiran membuat laporan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram