
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, larangan itu berkuat kuasa pada 29 dan 30 Mac, iaitu sebelum Hari Raya serta 5 dan 6 April (selepas perayaan).
Namun, sehari sebelum Ops Khas Aidilfitri itu dijalankan, laluan lebuh raya negara dipenuhi kenderaan berat tersebut dipercayai mengelak dari operasi terbabit.
BACA LAGI: [VIDEO] Buat naya pelanggan, peniaga bazar Ramadan tutup lebihan juadah guna kanvas di Cheras
BACA LAGI: [VIDEO] Tertekan minyak punya pasal, penjual burger tetap tenang walau nyaris dirempuh Hilux
Lebih mencuri perhatian, kenderaan lori itu dipandu laju hingga menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya lain.
Menerusi perkongsian tular di laman sosial pada Jumaat, sebuah kenderaan muatan berat dirakam memandu laju di sebelah lorong kanan, memotong tiga buah lori lain.
Sehari sebelum Ops Aidilfitri, bukan main penuh lori atas highway masing-masing pecut elak JPJ esok pic.twitter.com/IQqnrf65VE
— CyberBorg (@borg_cyber) March 28, 2025
Mencetuskan kerisauan pengguna di lebuh raya, situasi tersebut disifatkan sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan berlaku.
Ditambah pula dengan laluan sesak menjelang Aidilfitri, warga maya menggesa agar pihak penguat kuasa segera menjalankan operasi khas tersebut.
Terdahulu, Anthony Loke menjelaskan larangan itu dilaksanakan untuk mengambil kira peningkatan trafik ketara bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman, selain mengurangkan risiko nahas jalan raya.
Individu yang gagal mematuhi larangan berkenaan akan dikenakan tindakan kompaun RM300 atau denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan jika sabit kesalahan.
Sebarang aduan berkaitan kesalahan lalu lintas sepanjang musim perayaan boleh dilaporkan melalui aplikasi MyJPJ menu e-Aduan@jpj atau melalui e-mel rasmi aduan JPJ [email protected]. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram