
MESKIPUN cacat penglihatan, kegigihan seorang guru sejarah dalam mendidik pelajar sekolah meraih pujian apabila menggunakan kod braille.
Mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perak, Teluk Intan, Perak, individu tersebut difahamkan sudah lama bergelar seorang guru sejak 2015 dan kini berkhidmat di daerah terbabit.
Kekurangan dihadapi langsung tidak mematahkan semangatnya, malah lebih menarik apabila cara mengajarnya dikatakan cukup unik dan amat dikagumi pelajar-pelajarnya.
BACA LAGI: Guru digalak kongsi tandas murid, pantau kebersihan bersama
Memuat naik video mengajar di laman TikTok, rata-rata warga maya memuji keikhlasan guru yang dikenali sebagai Cikgu Iran itu.
Berkongsi momen manis sebagai bekas rakan sejawat guru tersebut, BunsuSebayan menjelaskan individu itu cukup disegani dalam kalangan pelajar.
"The best teacher ever, pernah praktikal di SMK Seri Perak bawah cikgu Iran, hebat dia boleh kenal semua murid, memang hebat," katanya.
"Masa di UPSI tahun 2005 hingga 2009 dulu selalu jumpa cikgu ni, hebat orangnya kuat semangat menjadi seorang pendidik," ujar Suzanne.
"Hebat cikgu, terima kasih kerana telah berkhidmat untuk mendidik anak bangsa, semoga urusan cikgu sentiasa dipermudahkan," tambah Jane.
Difahamkan, cikgu Iran mengajar subjek Sejarah bagi tingkatan lima di sekolah terbabit dan menjadikan tulisan braille sebagai panduan bacaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram