
SEORANG penjual burger wanita nyaris dirempuh sebuah pacuan empat roda yang dipandu secara berbahaya di hadapan gerainya pada Jumaat.
Kejadian berlaku ketika individu berkenaan sedang sibuk menyiapkan pesanan pelanggannya namun didatangi kenderaan tersebut secara tiba-tiba.
Walau bagaimanapun, wanita terbabit terselamat manakala kenderaan jenis Hilux itu pula dirakam terbabas ke bahu jalan.
BACA LAGI: [VIDEO] Berbuka puasa dalam hutan, guru pedalaman tempuh laluan berliku mengajar di Gua Musang
BACA LAGI: [VIDEO] Banjir Johor: 'Terima kasih PDRM, semoga dipertemukan lailatul qadar kamu semua'
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu dikongsikan di laman sosial dan meraih perhatian warga maya.
Dalam pada itu, kejadian dikatakan tercetus selepas pemandu wanita terbabit tertekan pedal minyak sebelum hilang kawalan di laluan terbabit.
Mangsa, Atiqah Raihan Jamal di ruangan komen TikTok menjelaskan kenderaan itu dipandu secara melulu oleh individu dipercayai tidak mempunyai lesen memandu.
Alhamdulillah, Allah masih melindungi kami dari segala bahaya, ingin mencuba pandu tapi tak reti," katanya.
Rata-rata warga maya menitip rasa syukur apabila penjual itu terselamat daripada sebarang kecederaan.
"Al-hamdulillah mujur tak kena kak, nasib baik kalau tidak parah juga tu," kata Nazmeen.
"Pandu bahaya macam tu kalau kena mesti tercampak, syukur kak kau masih dilindungi Ramadan ni," tambah Yassin.
"Ada pasang pendinding agaknya, degup kencang jantung tengok Hilux tu nyaris rempuh apatah lagi dia yang depan mata," tambah Kamal.
Pun begitu, belum ada sebarang kenyataan polis berkaitan kes berkenaan setakat ini dan status kecederaan pemandu juga tidak dikongsikan di laman sosial. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram